Wednesday, March 18, 2015

12 Penyokong PR yang bantah lantikan Zambry dipenjara 10 bulan..


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara kepada 12 yang terlibat dalam tunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dijatuhkan pada 2009.

Semua 12 penunjuk perasaan itu kemudiannya terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman. 

Hakim membuat keputusan itu dengan menolak keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman RM5,000 dan 2 tahun penjara sebelum ini manakala Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM5,000 tetapi tiada hukuman penjara di samping membebaskan 3 daripada mereka.

Peguam tertuduh Aminudin Zulkipli berkata, memandangkan ini adalah kali kedua rayuan dibuat, agak sukar untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan kecuali mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Atas sebab itulah, katanya 12 yang didapati bersalah itu terus dimasukkan ke penjara hari ini juga. 

Pada awalnya, 13 yang didakwa, namun seorang lagi yang merupakan rakyat Indonesia gagal dibawa ke mahkamah hari ini.

Oleh itu, pihak pendakwa menarik balik rayuan ke atasnya dan kekal dengan keputusan mahkamah tinggi yang menjatuhkan hukuman denda RM 5,000 saja.

Ketika majlis angkat sumpah jawatan Zambry, sekumpulan penyokong PR membuat bantahan dengan berhimpun di jalan masuk ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Antaranya ada yang baring di atas jalan raya dan menghalang perjalanan Sultan Perak ke istana tempat berlangsungnya istiadat angkat sumpah jawatan itu lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails