Wednesday, February 25, 2015

Tiada diskaun 5% hanya di Pulau Pinang?.. Macai dah meludah ke langit laa...


Bila menyerbu membabi buta inilah hasilnya.. ianya umpama meludah ke langit, yang diludah tak kena tapi terpalit ke muka sendiri.

Tanpa menyelidik terlebih dahulu sebarang fakta seorang Blogger ternama Pro UMNO di utara semenanjung telah menyerang kerajaan Negeri Pulau Pinang berkenaan dengan isu tiada diskaun 5% bagi lot Bumiputera untuk pembelian rumah.

Kononnya hanya di Pulau Pinang tiada diskaun 5% bagi pembelian rumah lot bumiputera untuk rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik..

Berbekalkan memo atau surat pekeliling yang tersebar dalam WhatsApp, blogger tersebut menulis..

Wah..sekarang baru la dikatakan sama rata.. 

Pisau ucapkan tahniah lah kepada Bumiputera Pulau Pinang kerana mereka sudah disama rata sama rasa..depan belakang sama saja.. 

Hak Bumiputera dinafikan..ini baru permulaan.. banyak lagi akan dihapuskan sikit demi sedikit.. 

Ada korang kisah? 

Pisau kata “welcome to the people republic of Penang”

Sedap saja dia hentam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.. kah.. kah.. kah..

Hakikatnya ialah Pemansuhan diskaun 5% merupakan polisi Kerajaan Pusat (Putrajaya) dan diamalkan disetiap negeri sekarang ini, bukan sahaja di Pulau Pinang.

Pemansuhan diskaun yang menguntungkan bumiputera ini telah lama dilakukan di Perlis dan Pahang tapi macai buat tak nampak..


Baca kenyataan Jagdeep ini turut disiarkan oleh Bernama..

Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini menjelaskan ketiadaan pemberian diskaun sebanyak lima peratus bagi pembelian lot Bumiputera untuk rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik di negeri ini adalah amalan biasa kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar negeri Jagdeep Singh Deo berkata, ketiadaan pemberian diskaun itu diamalkan sejak dahulu lagi dan turut dipraktikkan di semua negeri.

"Memang ini adalah amalan biasa, tiada diskaun itu selama ini. Jadi surat-surat yang dirujuk oleh media kepada Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah memang jelas dinyatakan tiada pemberian diskaun lima peratus itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jagdeep berkata demikian ketika diminta mengulas kesahihan surat arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri bertarikh 23 Febrauri kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bertajuk 'Tiada diskaun lima peratus bagi lot bumiputera untuk rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik'.

Beliau berkata amalan itu (tiada pemberian diskaun lima peratus) juga merupakan dasar kerajaan persekutuan.

Semalam Pemuda Umno Pulau Pinang menuntut penjelasan kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung peruntukan diskaun lima peratus yang tidak diberi bagi lot rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik kepada pembeli bumiputera.

Pemuda Umno negeri mendakwa berikutan ketiadaan pemberian diskaun itu, golongan berpendapatan sederhana dan rendah tidak lagi mampu untuk memiliki rumah. - Bernama

Kan dah jadi meludah ke langit.. buat research sikit sebelum menyerbu tu.. jangan serbu membabi buta saja..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails