Tuesday, February 17, 2015

Syed Hamid ni dibayar gaji untuk jaga kepentingan rakyat atau kepentingan pengusaha bas express?


Sebenarnya.. SPAD ini diujudkan untuk apa? untuk menjaga kepentingan dan keselamatan rakyat atau sekadar mewujudkan jawatan baru untuk diisi oleh pemimpin UMNO yang dah terkeluar dari arena politik?

Bila nak dinaikkan tambang alasannya ialah kerana harga minyak meningkat sebab subsidi Kerajaan dah potong.. tapi bila diminta menurunkan harga tambang kerana minyak dah turun dikatanya minyak bukan asas untuk turunkan harga tambang..

Baca apa pemimpin UMNO yang menjadi Pengerusi SPAD ni cakap..

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.  
“SPAD sudah syorkan kepada kerajaan permohonan mereka ( pengusaha bas). InsyaAllah kita tunggu keputusan muktamad secepat mungkin,” katanya seperti dilaporkan Utusan.  
Kajian kenaikan caj tambang itu susulan daripada gesaan pengusaha bas di negara yang terbeban dengan kenaikan harga harga minyak selepas Putrajaya memotong subsidi.  
Syed Hamid menyifatkan ia merupakan satu cadangan yang munasabah.  
“Permohonan daripada pengusaha bas adalah munasabah berasaskan kepasa keperluan yang mendesak terutama selepas penurunan subsidi minyak baru- baru ini,” katanya.

Tapi bila harga minyak dah turun jadi macam ni pulak...

SEGAMAT: Kadar tambang bas ekspres di seluruh negara masih kekal pada harga biasa dan penurunan harga minyak sebelum ini tidak boleh dijadikan asas untuk pengusaha bas menurunkan harga tambang seperti diminta pengguna.  
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata banyak faktor lain perlu diambil kira sebelum syarikat bas itu dapat menurunkan kadar tambang kerana kos minyak hanyalah sekitar 11 hingga 20 peratus daripada kos keseluruhan.  
"Banyak faktor lain yang menentukan turun naik harga tambang selain minyak. Ia juga mengambil kira kos penyelenggaraan bas itu sendiri termasuk tayar dan insurans.  
"Minyak itu hanya membabitkan antara 11 hingga 20 peratus daripada faktor keseluruhan kos, melainkan penurunan itu (minyak) mengambil tempoh masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra sempena Tahun Baharu Cina di Terminal Bas dan Teksi Segamat di sini, Isnin.  
Menurut Syed Hamid, SPAD bagaimanapun akan memantau keadaan itu dari semasa ke semasa sebelum membuat keputusan mengenai perubahan kadar tambang bas ekspres.. sepenuhnya silalah baca di SINI

Nak dinaikkan tambang sebab minyak dah naik harga.. bila nak diturunkan tambang minyak bukan faktor utama kos..

Syed Hamid ni dibayar gaji untuk menjaga kepentingan rakyat atau kepentingan pengusaha bas express?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails