Wednesday, February 11, 2015

Solat hajat tidak akan mengubah nasib Anwar? Ini jawapan dari Ustaz Ramlang buat Nur Jazlan..


Tiba-tiba hari ini seorang pemimpin UMNO yang juga Ahli Parlimen bertukar menjadi Ustaz segera dalam usahanya untuk memperlekehkan Solat Hajat yang mahu diadakan oleh PKR rentetan dari penghakiman terhadap Anwar Ibrahim.

Katanya.. "Kalau dia (PKR) buat solat hajat pun (ia) tidak akan mengubah nasib Anwar Ibrahim.

"Kalau dah berlaku bermakna ia sudah ditakdirkan, jika mereka lakukannya untuk meminta dia (Anwar) dibebaskan bermakna mereka menolak takdir," sepenuhnya sila baca di SINI

Kenyataannya yang bertujuan untuk memperlekehkan usaha PKR itu sebenarnya dalam masa yang sama memperlihatkan satu sifat angkuh dalam dirinya..

Aku tak mahulah ikut jejak pemimpin UMNO tu.. maksud aku jadi Ustaz Segera, jadi untuk menjawap apa yang dikatakan oleh Pemimpin UMNO itu, aku minta pandangan dari seorang Ustaz..

"Kita sebagai hamba Allah melakukan solat hajat bertujuan memohon pada Allah S.W.T supaya hajat kita di terima dan dimakbulkan.

"Bagaimanapun samada nak perkenankan atau tidak itu adalah hak Allah SWT sebagai Tuhan, Tak boleh la kita sebagai hamba melebihi kuasa Tuhan. Macam Nur Jazlan tu kata...

"Allah S.W.T itu maha berkuasa... tak mustahil seandainya solat hajat kita diterima dan diperkenankan oleh Allah S.W.T, Allah mengubah keputusan tu..." Katanya merujuk kepada keputusan Mahkamah semalam.

"Ada banyak cara kalau Allah S.W.T nak ubah sesuatu perkara tu yang mungkin tak terfikir oleh akal kita...

"Mungkin Allah S.W.T boleh bagi kesedaran kepada Hakim-hakim itu ... Mungkin Allah boleh bagi kesedaran kepada Saiful...

"Mungkin S.W.T boleh bagi kesedaran kepada Perdana Menteri sekarang atau yang akan datang... 

"Tak mustahil bagi Allah atas semua tu...

Menjawab soalan Pada wajarkah seorang Islam berkata seperti yang Nor Jazlan katakan itu, Ustaz tersebut menyatakan seperti berikut..

"Mungkin dia merasakan dirinya di pihak benar dan kita di pihak salah... Tetapi kenyataannya itu tetap salah sebab...

"1. Itu semua kuasa Allah S.W.T.. siapa kita nak menidakkannya...

"2. Sebagai hamba kita hendaklah meminta dan memohon kpd Tuhan iaitu Allah S.W.T...

"3. Solat hajat adalah salah satu wasilah (perantaraan) antara kita sbg hamba dgn Allah S.W.T...

Itu jawapannya..

Untuk makluman semua, jawapan di atas telah diberikan oleh Ustaz Ramlang Porigi melalui applikasi Telegram.

Ustaz Ramlang Porigi adalah Imam Masjid Wilayah Persekutuan pada tahun 2009. Pada 15 Ogos 2008, adalah antara empat pegawai Masjid Wilayah Persekutuan yang menghadiri majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR itu dua bulan sebelumnya.

Ramlang telah muncul di tiga majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat kira-kira 48 jam sebelum hari pengundian di Permatang Pauh, mendedahkan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu.

Imam tersebut telah ditukar serta-merta ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) September kemudiannya tidak lama selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Kemudiannya beliau dipecat dari JAKIM..

Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".

Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari 2009.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails