Thursday, February 12, 2015

Setelah dikantoikan menipu oleh Liow Tiong Lai, Ismail Sabri padam status di Facebooknya..


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan bersama dengan Datuk Seri Ismail Sabri yang mendakwa isu yang timbul sebelum ini hanyalah satu “salah faham”.

Liow yang terkejut dengan perkara itu berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai “kenyataan bersama” dengan menteri pertanian dan industri asas tani itu.

“Saya tak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media bersama dengan Datuk Seri Ismail Sabri. 

“Macam mana satu kenyataan bersama dikeluarkan tanpa pengetahuan saya?,” soalnya di Twitter. 

Saya tak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media bersama dgn DS Ismail Sabri. How can a joint statement issued without my knowledge? — Liow Tiong Lai (@liowtionglai) February 12, 2015 

Kenyataan yang dipertikaikannya itu dimuatkan di laman Facebook Ismail Sabri, kira-kira jam 2.30 petang ini.

Ia kemudiannya dipadamkan selepas Liow mengeluarkan kenyataan di Twitter.

Liow juga kecewa kerana Ismail Sabri masih belum menghubunginya petang ini untuk membincangkan isu tersebut.

"Sehingga kini tiada panggilan daripada Datuk Seri Ismail Sabri tiada perbincangan hari ini, bagaimana satu kenyataan bersama boleh diterbitkan dan disebar luas?," soalnya lapor Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails