Wednesday, February 4, 2015

Salah ke Wanita Islam ini pegang sepanduk 'I'm a Muslim, I love Hindus'?


Tak pasal-pasal wanita yang memegang sepanduk 'I'm a Muslim, I love Hindus' ini menjadi sasaran kritikan ppelbagai pihak di WhatsApp dan juga Facebook..

Malah ada yang tiba-tiba bertukar menjadi Ustaz dan Ustazah segera melabelkan wanita di atas ini sudah jatuh murtad hukumnya.. sebab dia pegang sepanduk 'I love Hindus'.

Aku pun tak faham kenapa kita harus berfikiran sebegitu sempit dalam hal ini.. dan aku setuju dengan apa yang AmenoWord tulis dalam Blog Sozcyili ini..

Dalam gambar di atas. Ianya sebenarnya mempunyai elemen yang sangat positif. Umat Islam yang akalnya waras tidak akan bercakap tentang liberalism ataupun mengutuk wanita tersebut. 
Kita mahu dunia tahu. Betapa indah dan cantiknya Islam yang menyeru penganutnya untuk saling sayang menyayangi antara satu sama lain samada kita sama agama ataupun berbeza agama.

Islam bukan keganasan. Islam bukan penindasan. Islam tak seru atau paksa penganutnya untuk membenci penganut agama lain. Sebaliknya Islam meraikan perbezaan dan kepelbagaian dengan cara yang sangat berhemah dan berhikmah. 
Di saat dunia kecam kita tentang Charlie Hebdo. Tentang insiden di Pakistan. Tentang apa yang berlaku ke atas tebusan dari Jepun, kita ada ramai penganut2 Islam di luar sana yang berusaha membetulkan salah faham ini. Aktivis2 ini melakukan apa saja cara dan usaha bagi membiakkan benih kasih sayang yang terdapat dalam Islam. Salah satunya participate dalam event perayaan orang lain dan tonjolkan betapa harmoninya Islam yang meraikan kepelbagaian. 
Kita orang Islam. Kita juga sayang kepada orang bukan Islam. Kita tidak diskriminasi. Kita hanya menolak kezaliman, kemungkaran, penindasan ke atas mana-mana manusia tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Selagi mana semua dari kita melakukan kebaikan meskipun yang beragama dan tidak beragama kita hormat dan menyayangi mereka sebagai seorang manusia yang layak dihormati. 
Mesej yang begitu simple dan unik ini pun umat Islam gagal faham. Dan apa? Kau sedang bercakap tentang mengubah dunia? Islam agama kasih sayang? Islam agama yang sempurna? Macam mana bila kau semua contradiks dari apa yang sepatutnya kita terangkan kepada non muslim? Kecoh sangat. 
Hal macam ini pun sampai nak marah2 dan mengutuk orang tak tentu hala.

Macai-macai jangan cepat nak belasah aku pulak.. baca apa yang disiarkan di MyKmu ni.. (kalau tak tahu MyKmu tu apa dia.. jangan jadi macai laaa...)

Seorang pegawai Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta orang Islam tidak emosi dalam Kontroversi mengenai gambaran gadis muslim memegang sepanduk “I’M Muslim, Love Hindus” kerana ia tidak salah atau menjejaskan akidah. 
Menurut beliau Love Hindus bermaksud sayang penganut agama Hindu bukannya sayang agama Hindu (hinduism). 
Bagaimanapun tindakan sedemikian di upacara keagaaman Hindu agak kurang sesuai dan boleh menimbulkan pelbagai fitnah masyarakat dan boleh mengakibatkan kacau bilau di kalangan masyarakat berbilang agama. 
Lebih mengejutkan dan menimbulkan tanda tanya ialah kemunculan sekitar 50 orang penganut Islam dan Kristian memegang sepanduk seperti itu dipercayai dari Indonesia. 
Hindsu or hinduism = kepercayaan agama Hindu
Hindus= penganut Hindu
Islam = kepercayasn agama Islam
Muslims= penganut Agama Islam
Christian or Christianity = kepercayaan agama Kristian
Christians = penganut agama Kristian
Jew = Kepercayaan agama Yahudi
Judaist or Jewish = penganut agama Yahudi

Tak salah.. cuma kurang sesuai..

Dan memang terbukti tak sesuai.. sebab tak pasal-pasal wanita tu dah kena fitnah..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails