Monday, February 9, 2015

Penyokong Anwar dibayar RM100 dan RM150 duit minyak?.. Fitnah tu...


Hari ini, ramai penyokong parti pembangkang menerima mesej menerusi telefon bimbit berkenaan elaun solidariti.

Sama ada benar atau rekaan ia tidak dapat dipastikan, mesej berkenaan memberitahu, sesiapa yang ingin memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Kehakiman Putrajaya esok boleh mendapatkan elaun.

Esok, mahkamah akan memberi keputusan dalam kes liwat Anwar dan bekas kakitangannya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mesej itu juga kononnya ditulis oleh Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa. Dalam mesej itu, Fariz dikatakan mengarahkan penyokong Anwar boleh mendapatkan wang RM100 seorang dan RM150 bagi duit minyak bagi sebuah kereta.

Mereka boleh menuntutnya di Ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya pukul 8.30 pagi esok sebelum pergi ke Istana Kehakiman beramai-ramai lapor MalaysiaGazette

Elaun RM100 dan RM150 duit minyak?.. betul ke tu?

Berikut adalah jawapan serta pesanan dari Fariz Musa kepada macai yang menyebarkan fitnah itu..

PENAFIAN TERHADAP SEBARAN DI MEDIA SOSIAL PEMBIAYAAN KOS SOLIDARITI KEPADA DS ANWAR IBRAHIM 
Tidak cukup dengan tindakan mengodam nombor telefon bimbit saya oleh pengodam UMNOBN dengan memfitnah dan menganinanya saya bermula semalam 8 Februari 2015 berkaitan satu sebarkan SMS yang berunsur ugutan dan jenayah, hari ini pula saya terus diserang dengan satu sebaran berunsur FITNAH dimedia sosial. 
Sebaran yang kini tersebar di media Sosial ialah saya dikaitkan akan membayar elaun RM100 sebagai elaun solidariti dan RM150 bagi yang duit minyak setiap kenderaan pada 10 Februari 2015 pada jam 8.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Tropicana sebelum menuju ke Istana Kehakiman sebagai tanda solidariti kepada DS Anwar Ibrahim kepada pada pejuang Reformasi. 
Infomasi tersebut juga menyatakan bahawa Unit Amal PAS akan menyumbang elaun kehadiran, pengangkutan dan sarapan pagi pada tarikh dan masa yang sama bertempat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur serta tuntutan RM400 dengan membuat tuntutan kepada YBhg Datuk Lajim Ukin sebaik sahaja mendarat kepada mereka yang sudah menempah tiket penerbangan dari Sabah dengan menyatakan saya sebagai org yang bertanggungjawab kepada mesej berkenaan. 
Saya MENAFIKAN sekeras-sekerasnya informasi tersebut yang sedang bersebar media sosial termasuk telah menghubungi saya melalui pesanan What's up . 
Tindakan bodoh dan memfitnah ini adalah satu tindakan terdesak pihak tertentu khususnya UMNOBN yang bertujuan melakukan sabotaj dan memburukkan kredibiliti saya dan JINGGA13 MALAYSIA . 
Saya menyeru kepada pemilik akaun media Sosial khususnya Face Book menarik balik sebaran fitnah tersebut dan saya tegas menafikan bahawa saya telah mengeluarkan informasi itu.

Sekali lagi saya menyeru agar pihak yang bertanggungjawab dengan segera menghentikan fitnah dan semoga Allah akan membalas jua.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI 
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator 
JINGGA13 MALAYSIA 




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails