Wednesday, February 4, 2015

Najib muncul pertahan Ismail Sabri!!.. Tapi...


Keliru jugak aku.. Aku yang tak faham Bahasa Malaysia atau Najib yang tak faham Bahasa Malaysia ni?

Najib kata..“Teguran yang dibuat oleh beliau (Ismail Sabri) ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.

“Selain itu beliau juga mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang,”

Tapi kalau kita baca apa yang Ismail Sabri tulis tu, dia tak tulispun tulisannya ditujukan kepada semua peniaga..

Cuba baca dalam gambar di bawah ni..


Tak nampak?.. baca ni..

"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna. 
"Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," 
"Lihat sahaja Old Town White Coffee, diragui baru-baru ini. Tetapi masih orang Melayu gagal untuk boikot. 
"Lebih-lebih lagi pemiliknya dikatakan Ngeh, keluarga DAP Perak yang terkenal anti Islam," 
"Selagi Melayu tidak berubah, selagi itu Cina ambil kesempatan untuk tindas Melayu,"

Ismail Sabri tulis.. "Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang,"

Yang aku faham dari ayat Ismail Sabri tu ialah mereka yang dimaksudkannya ialah Cina.. dia tak katapun semua peniaga..

Tapi Najib kata..“Teguran yang dibuat oleh Ismail Sabri ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.

Aku yang tak faham atau Najib yang tak faham Bahasa Malaysia nih?

Laporan berkaitan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenyataan seorang anggota kabinetnya, Datuk Seri Ismail Sabri yang mencadangkan agar pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang. 
Najib melalui kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri menyebut, kenyataan Ismail itu tidak hanya ditujukan kepada peniaga Cina. 
“Teguran yang dibuat oleh beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu. 
“Selain itu beliau juga mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang,” kenyataan itu dipetik lapor Malaysiakini




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails