Monday, February 2, 2015

Ku Nan dedahkan sebab Jackie Chan dianugerahkan 'Datuk'


Dulu bila artis dari Bollywood Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 ianya dipertikaikan oleh banyak pihak.

Dan alasan yang diberikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun ialah anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa.

“Shah Rukh Khan juga memberi sumbangan terhadap industri pelancongan negara ini apabila beliau datang ke Malaysia bagi menghasilkan filem lakonannya,”



Nampaknya perkara yang sama turut berlaku kepada Jackie Chan..penganugerahan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya.

Dan ianya turut dipersoalkan oleh Blogger Pro UMNO

Apakah sumbangan beliau kepada Wilayah Persekutuan dan Malaysia sehingga melayakkan beliau dianugerah pingat Wilayah Persekutuan? 
Memang Jackie merupakan nama besar dalam dunia perfileman dunia dan layak memdapat apa sahaja anugerah dunia. 
Namun pemberian pingat Wilayah Persekutuan harus memenuhi kriteria berjasa kepada wilayah ini sendiri. 
Seperti kata Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan,

“Pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat tersebut merupakan penghargaan kepada mereka yang banyak menabur jasa, memberi sumbangan serta khidmat cemerlang kepada Wilayah Persekutuan.”

Berikut adalah jawapan Ku Nan..

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor hari ini membela pelakon antarabangsa Jackie Chan yang menerima pingat yang membawa gelaran Datuk semalam.

Jackie Chan telah memberikan sumbangannya dalam mempromosikan Malaysia dan Kuala Lumpur khususnya menerusi filem popularnya, "'Police Story 3' pada tahun 1992 selain memiliki bilangan peminat yang ramai di sini, katanya.

"Jackie Chan adalah seorang pelakon yang mempunyai ramai peminat di Malaysia dan boleh menaikkan nama Malaysia dan Kuala Lumpur terutamanya, kerana itu dia layak menerima anugerah ini," kata Tengku Adnan.

Kenyataan yang dibuat menerusi akaun Twitternya itu dibuat susulan kekecohan di media sosial yang mempersoalkan tindakan kerajaan menganugerahkan gelaran tersebut kepadanya.

Jackie Chan menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan ~ AstroAwani


Ha... ha... sama saja jawapannya dengan pihak Melaka tu...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails