Monday, February 23, 2015

Kejatuhan nilai ringgit: Hari tu kata bantu pulih ekonomi, hari pulak kata sebabkan ekonomi merosot?


Ketika Kerajaan didesak untuk menangani kejatuhan nilai Ringgit yang kini menuju ke paras nilai RM terendah semasa krisis kewangan Asia tahun 1997, muncullah seorang Timbalan Menteri mendakwa kejatuhan nilai ringgit membantu memulihkan ekonomi negara..

Katanya kejatuhan nilai ringgit dijangka menarik lebih ramai pelabur ke negara ini kerana nilai mata wang tersebut yang rendah berpotensi meningkatkan keuntungan mereka sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara.

Hakikatnya dia terlupa untuk menghasilkan kebanyakkan produk untuk eksport kita mengimport bahan mentah dari luar negara.

Apabila nilai import tinggi bagaimanapula kita boleh menghasilkan produk berasaskan bahan mentah itu untuk tujuan eksport dengan harga pasaran yang rendah?.. lainlah kalau kita eksport keropok lekor atau popiah..

Ketika nilai ringgit berada hampir dengan nilai ringgit semasa krisis kewangan Asia 1997 iaitu pada ketika itu USD1 = RM3.80 dan hari ini USD1 = RM3.65, muncul pula seorang lagi Timbalan Menteri bercakap tentang isu kejatuhan nilai ringgit..

Beliau seolah-olah berusaha untuk menghalang pemulihan ekonomi negara akibat dari kejatuhan nilai ringgit itu..

Bacalah..

Keputusan Putrajaya melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini dianggap sebagai langkah tepat untuk menangani ekonomi merosot akibat daripada kejatuhan nilai ringgit, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. 
Beliau berkata, dengan bilangan syarikat yang berdaftar kini dilaporkan meningkat daripada 140,000 kepada 317,000, Putrajaya akan mempunyai tambahan pendapatan sebanyak RM1 bilion. 
"Kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM13 bilion, kutipan GST RM23 bilion, namun daripada 140,000 syarikat apabila ia meningkat kepada 317,000 maka pendapatan kerajaan bertambah lagi, kutipan RM1 bilion," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program penerangan cukai GST bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) di bangunan Siti Hasmah di Petaling Jaya, hari ini. 
Katanya, dengan tambahan pendapatan RM1 bilion susulan peningkatan bilangan syarikat yang berdaftar, kerajaan kini dijangka meraih kutipan sebanyak RM24 bilion ~ The Malaysian Insider

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri kejatuhan nilai ringgit membantu pulihkan ekonomi negara.. sumbernya di SINI

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula kata GST akan selamatkan negara dari kesan kejatuhan nilai ringgit..

Persoalannya.. kalau kejatuhan nilai ringgit membantu memulihkan ekonomi negara kenapa perlu dihalang kejatuhan itu dengan melaksanakan GST?

Macai bolehlah Ahmad Maslan perbodohkan.....



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails