Friday, February 20, 2015

Kalau Sirul dikatakan mengarut.. maka Khairy dan Shafee juga mengarutlah..


Mengikut kata Ketua UMNO Bahagian Cheras yang namanya Syed Ali Alhabsee ini "Memang Sirul mengarut, dia kini cuba menyubur persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan dan kes Altantuya sudah selesai."

Sebab Sirul dikatakan mengarut oleh Syed Ali ialah kerana kes Altantuya dianggap selesai apabila pihak mahkamah sudah menjatuhkan hukuman ke atas dua bekas polis terbabit.

Jadi.. kalau Sirul dianggap mengarut maka tak salahlah kalau kita menganggap Ketua Pemuda UMNO dan juga Peguam Shafee Abdulah juga mengarut..

Sebab Khairy dan juga Shafee boleh dianggap turut mengarut ialah kes Liwat II dianggap selesai kerana Anwar Ibrahim sudah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah dan sedang menjalani hukuman 5 tahun penjara.

Umno akan mengadakan jelajah seluruh negara bersama peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi menjelaskan kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan proses kehakiman kes itu kini selesai.

"Peguam bela kata ini (Liwat II) konspirasi politik dan tuduhan dibuat kepada Umno dan BN (Barisan Nasional).

"Jadi bila dituduh, kamu harap kami nak duduk diam? Kami duduk diam kerana hormati proses undang-undang, kami berdiam diri daripada berkata apa-apa," kata Khairy semasa satu forum bersama dengan peguam Umno tersebut di Akademi Kapten Husin, Kelana Jaya.

Khairy berkata, program penjelasan yang sama akan dibuat ke seluruh negara dengan lokasi seterusnya ialah di Pulau Pinang.. laporan penuh silalah baca di SINI

Bagi aku.. kalau UMNO nak buat siri penerangan tentang kes Liwat II ni dari rumah ke rumah sekalipun langsung tak mendatangkan masaalah kepada PKR Permatang Pauh.

Sebabnya dalam beberapa siri mesyuarat yang sudah kami adakan sejak dari tarikh Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah.. tak ada siapapun yang cadangkan nama Anwar sebagai calon untuk PRK Permatang Pauh yang akan datang ini..

Teruskanlah siri penerangan yang langsung tak memberikan faedah kepada rakyat tu.. kalau boleh buatlah siri penerangan dari rumah ke rumah... ha.. ha.. ha..

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: "Memang Sirul mengarut, dia kini cuba menyubur persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan dan kes Altantuya sudah selesai."

Itu kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis, Sirul Azhar itu.

Sirul dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata yang dia bertindak atas arahan dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tegas Syed Ali, kes Altantuya dianggap selesai apabila pihak mahkamah sudah menjatuhkan hukuman ke atas dua bekas polis terbabit.

"Semua pihak diminta menghentikan sebarang dakwaan atau dengan sengaja mewujudkan persepsi bahawa kes ini ada kaitan dengan pihak tertentu adalah karut dan tidak berasas.

"Bagi saya kes Altantuya sudah selesai tak perlu lagi perkara ini dibincangkan secara terbuka di depan khalayak umum seolah-olah kita tidak menghormati institusi perundangan negara ini.

"Saya hanya nampak isu Altantuya sengaja dimainkan oleh pihak yang berniat jahat dengan lain tujuan untuk menimbulkan persepsi atau sangkaan buruk rakyat kepada kerajaan.

"Isu ini dah selesai dan tidak perlu dipolemikkan lagi," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.com.... laporan penuh sila baca di SINI

Samakan?.. kedua-dua kes dianggap selesai kerana Mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap semua yang tertuduh dalam kedua-dua kes..

Jadi tak salahlah kalau Sirul dianggap mengarut, Khairy dan Shafee juga mengarut....


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails