Thursday, February 26, 2015

Baik punya umpan Najib dah dihulur di DUN Chempaka ni...


Alasan paling menarik dan menggelikan hati yang Najib kemukakan bila mengumumkan Barisan Nasional tidak bertanding di DUN Chempaka ialah demi perpaduan ummah..

Perpaduan ummah lah sangat.. selama ini tak pernah dengarpun perpaduan ummah ni.. tiba-tiba saja keluar alasan ni..

Tidak lain dan tidak bukan 'perpaduan ummah' hanyalah satu alasan untuk memperbodohkan pengundi di Kelantan terutamanya penyokong PAS.

Disamping itu dipercayai perkara ini juga akan dijadikan modal oleh UMNO/BN bagi memujuk dan melembutkan hati sebahagian penyokong PAS di Permatang Pauh jika berlaku PRK..

Kononnya mereka sanggup tidak bertanding demi perpaduan ummah, jadi penyokong PAS perlu mengundi Calon mereka yang akan bertanding di Permatang Pauh sebagai membuktikan penyokong PAS menyokong perpaduan ummah ala Najib itu..

Selama ini UMNO menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuh raya, lapangan terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisme..

Tiba-tiba ada alasan 'perpaduan ummah'... Kah.. Kah.. Kah...

Barisan Nasional (BN) mengesahkan tidak akan meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan pada 22 Mac depan. 
Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikannya pada Rabu malam. 
Tambah Najib, keputusan itu dibuat setelah meneliti pandangan daripada UMNO Kelantan dan Bahagian Pengkalan Chepa. Pada masa sama, beliau turut menggariskan tiga sebab keputusan itu dibuat.

“Pertama, kita nak beri tumpuan pemulihan banjir dan kerja-kerja kebajikan yang mana kerja-kerja tersebut masih dalam proses dan banyak lagi pihak yang sepatutnya menerima bantuan banjir belum menerima lagi dan ini kita letakkan sebagai keutamaan yang tinggi. 
“Kedua, kita juga memikirkan bahawa kita perlu melihat kepada usaha-usaha untuk membawa kepada perpaduan ummah walaupun kita ada perbezaan pendapat, politik dan sebagainya tetapi kita perlu mengutamakan perpaduan ummah,” ujar Najib. 
Selain itu, pendirian adalah pendekatan sama sewaktu berlaku kekosongan kerusi DUN Bukit Gelugor pada Mei lalu. 
Ditanya jika timbul dakwaan kononnya BN meletakkan calon bebas pada PRK tersebut, Najib berkata BN tidak akan menghalang mana-mana individu untuk bertanding. 
“Tidak-tidak. Tapi kita tak boleh halang kalau ada individu yang cukup syarat untuk bertanding. Tapi UMNO tak akan letakkan calon,” jelasnya. 
Mengulas berkenaan PRK Permatang Pauh, Najib menegaskan BN akan menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar permohonan kepada Majlis Pengampunan DiRaja. 
SPR menetapkan tarikh penamaan calon DUN N06 pada 10 Mac, pengundian awal pada 18 Mac dan hari pembuangan undi pada 22 Mac. 
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengalahkan calon BN Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi ~ AstroAwani

Cakaplah terus terang Najib.. kalau lawanpun BN kalah buat apa nak lawan...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails