Monday, February 23, 2015

Amboiiii... mahalnya dia buat rambut..


Atas tekanan hidup ada rakyat yang terpaksa mencuri mencuri lima paket Nescafe bernilai RM132, keranaterdesak untuk menyara anaknya yang masih bersekolah...

Atas desakan hidup juga seorang penganggur mencuri 13 jenis coklat bernilai RM248, dan beliau terpaksa meringkuk di dalam penjara selama empat bulan.

Itu rakyat marhaen yang menanggung keperitan dalam mengharung kehidupan dalam suasana ekonomi yang tidak menentu hasil dari urus tadbir Najib..laporannya bacalah di SINI

Tapi.. dalam suaminya sibuk mengajak rakyat agar hidup dalam kesederhanaan.. wasatiyah kononnya.. Isteri kepada Presiden UMNO itu mendedahkan sekali dia buat rambut saja habis RM1,200..

Wasatiyyah sangatlah tu...

Yang Di‎pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) berkata, ketika ini, caj perkhidmatan di rumah seperti khidmat tempahan baju, solekan dan pendandan rambut mengenakan harga yang sangat tinggi dan tidak masuk akal. 

Kebimbangan itu diluahkan Rosmah ketika dalam program cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bersama Bakti apabila mendakwa terpaksa membayar RM1,200 setiap kali menggunakan khidmat pendandan rambut. 

"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya. 

"Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda (Putrajaya) harus teliti," katanya pada majlis penerangan GST Bakti di Bangunan Sri Hasmah di Petaling Jaya, hari ini. 

Program tersebut merupakan anjuran Bakti dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hadir untuk memberi penerangan mengenai GST. 

Menyuarakan lagi kebimbangannya, Rosmah berkata golongan suri rumah sering menjadi mangsa kerana tidak mempunyai pilihan selain menggunakan khidmat mereka. 

"Suri rumah khususnya sering menjadi mangsa kepada peniaga tersebut akibat tiada kawalan harga dan panduan ditetapkan kerajaan dalam perkhidmatan di rumah," katanya. 

Beliau berkata, meskipun harga minyak kini sudah turun, namun peniaga terbabit enggan menurunkan caj khidmat mereka. 

"Apa yang kita (suri rumah) mahu semua kena minta dengan suami, kalau suami yang bagi tidak apa, ini kadang kala ada suami yang kata,’Eh I dah bagi you last week nak lagi?'" katanya. 

Rosmah menggesa Putrajaya mempertimbangkan perkara tersebut dengan mencari mekanisme bagi menangani masalah tersebut. 

"Jadi saya rasa perkara seperti ini kita (kerajaan) kena pantau sebab mereka (peniaga) akan buat keuntungan dengan berleluasa," katanya. 

Tambahnya, peniaga yang mengenakan perkhidmatan di rumah kebiasaannya melaksanakan perniagaan secara persendirian di mana timbul kebimbangan golongan terbabit sudah semestinya akan tidak akan mendaftar bagi GST. 

"Tukang jahit dan pendandan rambut mereka ini tidak daftar, kami tak nak mereka (peniaga) naikkan (caj perkhidmatan) lagi. 

"Dia (peniaga) memang sekarang sudah naik (caj perkhidmatan) macam ini, 3 bulan harga naik ‎tetapi mereka buat banyak duit, mereka dapat pelanggan tempatan banyak. 

"Saya tak nak buat bising nanti orang kata Datuk Seri Najib Razak (suami) tak bising saya pula sibuk, tetapi ini realiti," katanya lapor The Malaysian Insider

RM1,200 sekali Rosmah buat rambut saja... macai pulak nak dapat BR1M kena kumpul selama dua tahun.. bodohnyaaa...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails