Thursday, February 19, 2015

"Mengarut semua tu, mengarut," kata Najib menafikan dakwaan Sirul


Sungguh menghairankan.. Sirul dilaporkan mahu membuat pendedahan tentang kes pembunuhan Altantuya..

Tiada satu namapun yang telah disebutnya secara jelas terlibat dalam kes pembunuhan ini..

Yang dilaporkan hanya Sirul mendakwa beliau membunuh Altantuya kerana bertindak mengikut arahan..

Arahan siapa tak disebutkannya lagi buat masa ini..

Tapi Ketua Polis Negara tanpa sebarang siasatan,secara melulu berkata Sirul yang kini di Australia mungkin bertindak demikian kerana dipengaruhi pihak tertentu atau ditekan supaya tampil membuat kenyataan yang tidak benar.

Manakala Najib pula yang pernah bersumpah dalam Masjid mengatakan langsung tak kenal Altantuya di Masjid Guar Perahu semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu turut mengulas mengenai kes ini..

Kata Najib Sirul mengarut..

Soalnya sekarang kenapa kedua-dua individu di atas perlu memberikan ulasan tentang apa yang akan didedahkan oleh Sirul ini?.. lantak dia lah nak cakap apa pun..

Macam terasa saja depa tu...

Laporan berkaitan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap bekas komando polis Sirul Azhar Omar membuat kenyataan mengarut apabila mendakwa beliau bertindak mengikut arahan ketika membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA hari ini, Najib yang sebelum ini turut dikaitkan dengan mangsa kes bunuh itu, enggan mengulas lanjut.

"Mengarut semua tu, mengarut," katanya sambil menggelengkan kepala.

Najib diminta mengulas dakwaan Sirul, yang kini ditahan di Australia, yang dilaporkan Malaysiakini pada Selasa mendakwa, beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya sedangkan pembunuh "sebenar" masih bebas.


"Saya menerima arahan. Orang-orang penting dengan motif tertentu masih bebas," katanya dalam satu wawancara dengan portal berita itu.

Semalam, Sirul dilaporkan berkata pegawai kanannya ketika itu, Timbalan Penguasa Musa Safri, sepatutnya dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya itu.

Ketika kejadian, Musa merupakan pembantu peribadi Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri.

"Dia sepatutnya dipanggil menjadi saksi oleh pihak pendakwa," Sirul dipetik berkata oleh Malaysiakini dalam satu laporan eksklusif.

Sirul, 43, juga memberitahu Malaysiakini beliau tidak pernah mengenali Altantuya atau Abdul Razak Baginda – penganalisis politik dan kawan rapat Najib – yang dibebaskan atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan itu.

Bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu sebelum ini mendakwa anaknya datang ke Malaysia khusus untuk berjumpa dengan Najib.

Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Sirul dan Ketua Inspektor Azilah Hadri, mengatakan Hakim Datuk Mohd Zaki Yasin membuat kesilapan yang serius dalam perbicaraan termasuk dengan tidak memanggil Musa.

Panel tiga hakim mahkamah rayuan itu berkata kegagalan meletakkan Musa di kandang saksi penting bagi pihak pendakwaan untuk merungkaikan jalan cerita kes itu.

Pada 13 Januari, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menghukum mereka ke tali gantung, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan ~ The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails