Monday, February 23, 2015

Alahai ruginya.. Depa dah sedar la Shafee memudaratkan UMNO..


Kelmarin dulu, bila aku sarankan supaya pihak UMNO membawa Shafee untuk memberikan penjelasan tentang kes Liwat II ini dari rumah ke rumah di Permatang Pauh, ada beberapa sahabat yang mempersoalkan tindakan aku itu..

Katanya aku cuma memburukkan lagi keadaan sebab kalau UMNO bersungguh-sungguh buat macam yang aku cadangkan tu mampus Jentera Pilihanraya PKR Permatang Pauh nak counter balik..

Aku malas nak layan orang yang nak terjun dalam dunia politik tapi tak nak ambil tahu putar belit politik ni..

Sebab apa aku mahu UMNO buat penjelasan dari rumah ke rumah tu bacalah laporan ini..

Seorang pemimpin kanan Umno mengakui tindakan peguam kanan Tan Muhammad Shafee Abdullah menjaja kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim memakan diri. 
“Perkara itu sudah dibawa dan dibincangkan panjang lebar di ibu pejabat Umno oleh jawatankuasa pengurusan pusatnya,” kata pemimpin itu yang enggan namanya disebut. 
“Saya fikir sudah sudahlah. 
“Saya setuju bahawa tindakan itu memakan diri dan mereka patut kasihan pada (Datuk Seri) Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya untuk biarkan perbincangan terbuka, terutamanya berkaitan butiran perbicaraan tertutup.” 
Pemimpin Umno bagaimanapun berkata Umno tidak memainkan sebarang peranan ketika perkara itu dibincangkan. 
Sumber juga menjelaskan bahawa ceramah itu dianjurkan oleh NGO dinamakan Bona Fide Friends (BFF), yang dipimpin oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

“Umno tidak terlibat,” katanya sambil berkata BFF dibentuk untuk menarik perhatian sokongan peguam muda Melayu kepada Umno.

Kalau diteruskan kerja sia-sia Shafee itu.. tentu mudah kerja Jentera Pilihanraya PKR Permatang Pauh.. tapi ada yang dah sedar.. ruginya...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails