Thursday, February 5, 2015

92 Ketua UMNO Bahagian sokong Ismail Sabri ‘mabuk todi’ kata Mahfuz


PAS membidas tindakan 92 ketua Umno bahagian yang menyokong kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai "mabuk todi", selepas kontroversi kenyataan berbaur perkauman yang dibuat menteri pertanian dan industri asas tani itu.

Ketua Penerangannya Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan pemimpin akar umbi Umno itu yang menyokong Ismail tetapi tidak pula menggesa Putrajaya menurunkan harga barang yang berada di bawah kawalannya.

"Usahlah menyokong membuta tuli bagaikan orang yang mabuk minum todi," kata Mahfuz pada satu sidang media di ibu pejabat PAS pagi ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebaliknya menggesa pemimpin Umno tersebut mendesak kerajaan menurunkan harga barang kawalan seperti gula, gandum, minyak masak dan gas memasak.

"Mengapa tidak berani menyatakan tuntutan kepada Perdana Menteri agar kerajaan sendiri menunjukkan contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kawalan yang di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan?" soalnya.

Beliau berkata, Ismail dan pemimpin Umno bahagian itu tidak seharusnya mengeluarkan hujah tanpa fakta dengan menyalahkan peniaga Cina dalam isu kenaikan harga barang.

"Saya menegaskan sekali lagi pentingnya pemimpin Umno bahagian itu menyatakan sokongan dengan berlandaskan fakta," katanya.

Kontroversi tercetus selepas menteri itu menulis kenyataan di Facebooknya, menggesa pengguna Melayu melakukan boikot itu dalam usaha menentang peniaga yang enggan menurunkan harga barang dan membuat keuntungan ketika kerajaan sudah menurunkan harga runcit minyak.

Ismail juga menyebut tentang restoran kopitiam OldTown White Coffee, dimiliki OldTown Bhd, mengatakan ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham memiliki saham di dalamnya.

Bagaimanapun, Ismail berdiri teguh dengan kenyataannya dan enggan meminta maaf apabila diberi amaran oleh Ngeh lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails