Friday, January 2, 2015

Memalukan!! Video Najib berlakon ketika lawat kawasan banjir di Perak tersebar.!!


Video gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke salah satu kawasan banjir di Perak pada Isnin kini mendapat perhatian pengguna media sosial.

Najib bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam video (tonton di bawah) yang berdurasi 49 saat itu dilihat cuba memberi arahan kepada jurugambar untuk merakamkan sudut terbaik ketika mereka melalui kawasan yang dinaiki air.

“You duduk sebelah sana, ambil di sebelah sini,” kata Zambry kepada jurugambar dalam video berkenaan.



Najib pula berkata: “Kena ambil paras inilah,” sambil menunjukkan paras pahanya.

Video yang sudah ditonton lebih 14,600 kali setakat 4 petang ini turut menunjukkan dua orang pembantunya membantu menyarungkan kasut presiden Umno itu.

Ini menimbulkan komen negatif pengguna media sosial, Shah Reeza yang menonton video itu.

“Sampai kaki pun nak kena orang bersihkan… Apa kejadahnya..!!!!” katanya memberikan komen.

Muhammad Aidil pula berkata: “Kantoi, kantoi”.

“Malulah kepada Allah,” kata Ibnu Mujaddid mengulas video yang dimuat naik pada Isnin itu.


Najib sebelum ini terpaksa memendekkan tempoh bercutinya ke luar negara selepas keadaan banjir di pantai timur bertambah buruk.

Gambar beliau meluangkan masa bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ketika penduduk di pantai timur dilanda banjir teruk turut mendapat kecaman pengguna media sosial.

Sementara itu, sebuah laman yang merakamkan perjalanan udara antarabangsa menunjukkan pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA hari ini tiba di Bangkok, Thailand pada 11.11 pagi tadi selepas berada di London, New York dan Dubai semalam.

Menurut laman Flight Radar 24, pesawat Airbus A319 itu meninggalkan Dubai pada 1.53 pagi ini, selepas tiba dari London pada 12.16 pagi.

Setakat jam 1 tengahari ini, laman Flight Radar 24 tidak merekodkan destinasi pesawat 9M-NAA yang seterusnya.

Pesawat itu sebelum ini mendarat di beberapa tempat seperti Los Angeles, Indianapolis dan Honolulu.

Pengguna media sosial juga bertanya ke mana pergi isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.

"@NajibRazak Rosmah kat mana, Rosmah Rosmah kat mana (yeaa), Rosmah kat mana, Rosmah Rosmah kat mana (ditanya tanya lagi) #TaufikBatisah," kata Lucius Maximus melalui Twitter, menggunakan bait-bait lagu penyanyi popular dari Singapura, Taufik Batisah.

Kedahkini turut bertanya: "ROSMAH MANSUR KAT MANA?".....TERUS JADI TANDA TANYA"

Megat Trainor (@akeemzamani) pula berkata: "Rosmah ulang alik kt US shopping barang utk mangsa banjir kot #Husnuzon (sangka baik)"

Sementara Munifah (@mo0n94) berkata, “Alhamdulillah. Macam ni la FLOM yang kita nak,” merujuk kepada singkatan First Lady of Malaysia atau wanita pertama Malaysia ~ The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails