Friday, January 2, 2015

Untungnya rakyat yang jadi mangsa banjir di Pahang..


Yang aku maksudkan beruntung di sini ialah bukan kerana Perdana Menteri Malaysia itu datang dari negeri Pahang tapi kerana punya seorang Tengku Puan yang sanggup mencemar duli bersama rakyat yang menjadi mangsa banjir.

Kalau nak harapkan Isteri Perdana Menteri yang berasal dari Pahang tu.. jangan dok haraplah, selagi tak habis tempoh makan anginnya.. rakyat nak tenggelam ke, apa ke.. lantaknya lah..

Semalam Flight Radar 24 menunjukkan Jet Milik Kerajaan Malaysia 9M-NAA baru mendarat di London setelah berlepas dari New York, sebelum mendarat dan berlepas dari New York ianya dilaporkan berada di Los Angeles.



Sebelum itu ianya berada di Indianapolis setelah tiba dari Los Angeles yang mana sebelumnya ianya dilaporkan terbang dai Honolulu, Hawaii... ala tempat Najib main Golf dengan Obama tu laa...

Kalau tak faham apa yang aku tulis tu tengoklah imej dari Flight Radar 24 kat atas tu..

AstroAwani melaporkan Tengku Puan Pahang Tengku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menyediakan hidangan kepada penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai, di Pekan, Pahang.

Pada kunjungan itu, baginda serta paduka-paduka puteri anakanda menyediakan makanan tengahari untuk dihidangkan kepada 1,305 orang di pusat pemindahan banjir itu..

Laporan berkaitan..

Mangsa banjir nikmati 'air tangan' Tengku Puan Pahang


PEKAN: Tengku Puan Pahang Tengku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mahu semua petugas yang ditempatkan di pusat pemindahan agar memastikan barangan yang dihantar adalah berkualiti.

Titah baginda, ia bagi mengelak berlakunya keracunan makanan kepada penduduk terjejas banjir.

Titah baginda, soal pemakanan dan kebersihan di pusat pemindahan perlu dititikberatkan bagi mengelak berlakunya perkara yang boleh mengundang penyakit kepada penduduk terjejas banjir, yang rata-rata adalah dari kalangan orang tua dan kanak-kanak yang menginap di pusat pemindahan.

Tambah baginda, amalan kebersihan yang kurang baik atau penyediaan makanan yang tidak betul menjadi punca pencemaran makanan.

Selain itu amalan kebersihan oleh petugas dan mereka terjejas banjir perlu diterapkan, sepanjang tempoh mereka menetap di sesebuah pusat pemindahan bagi mengekalkan tahap kebersihan.

"Saya cuma minta kepada pusat banjir yang menerima seperti askar atau siapa-siapa, tentukan makanan yang diterima tu yang dah busuk ker atau dah expired ker, kerana kita kena juga menjaga kesihatan yang pindah ke pusat banjir ni, ada orang tua, ada budak, ada yang sakit, ada OKU,” jelas baginda.

Baginda sebelum itu ditemui pemberita selepas berkenan mencemar duli menyediakan hidangan kepada penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai, di Pekan, Pahang.

Pada kunjungan itu, baginda serta paduka-paduka puteri anakanda menyediakan makanan tengahari untuk dihidangkan kepada 1,305 orang yang ditempatkan di pusat pemindahan terbabit.

"Rasa seronokla.. Tengok macam ni kan..Tengku ada datang apa semua..tengok layanan kita macam ni, Alhamdulillah syukurla kepada tuhan," kata Jamaliah Abdul Manaf, salah seorang penduduk terjejas.

"Perasaan tu rasa terharu la bila ada kerabat diraja datangkan..kira rasa macam bagi semangat lagi pada kita kan..lagi nak datang masak kat sini..lagi tak tahu nak cakap macamana," tambah Junainah Ahmad.

Dalam pada itu Tengku Puan Pahang mengharapkan mereka yang terjejas banjir di seluruh negara supaya tabah menjalani ujian Allah, dan berharap keadaan kembali pulih seperti sediakala ~ AstroAwani




Pesanan aku buat yang nak tinggalkan komen.. tolong jangan guna ayat-ayat lucah pasal.. Intense Debate tu akan padamkan komen-komen dengan bahasa lucah itu secara automatik.. Harap maklum!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails