Tuesday, January 13, 2015

Sirul dan Azilah kembali ke tali gantung...


Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kedua-dua mereka dikenakan hukuman mati.

Keputusan mengenai kes bunuh berprofil tinggi ini disampaikan panel lima anggota, yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mendengar rayuan itu selama tiga hari mulai 23 Jun tahun lepas, sebelum menangguhkan keputusannya.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Pihak pendakwaaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota polis itu.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dua anggota polis berkenaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah membunuh wanita itu dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mahkamah itu memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie terhadapnya.

Pihak pendakwaan tidak mengemukan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda.

Dalam penghakiman setebal 47 muka surat, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak mencukupi untuk menyokong sabitan kesalahan dua anggota polis itu lapor mStar

Sementara itu Malaysiakini melporkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Sirul.. bacalah di SINI


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails