Thursday, January 22, 2015

Siapa Rakam dan Sebar video Zamani dipaksa menyanyi semasa bergari dalam tahanan Polis ni?


Ketika ini heboh di laman sosial tentang sebuah rakaman video yang menunjukkan Zamani Slam yang bergari tangannya telah dipaksa menyanyi oleh seorang yang dipercayai anggota polis ketika dalam tahanan.

Menerusi video itu Zamani dilihat menyanyikan lagu Gerimis Mengundang atas paksaan pihak polis.

Rakaman video berdurasi 1 minit 23 saat memaparkan bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani mendendangkan lagu berjudul Gerimis Mengundang kini tersebar meluas dilaman sosial.



Rasanya ini sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas sesiapa pun dalam tahanan mereka kerana bukan sahaja mengaibkan malah seakan memperkecilkan mereka sebagai manusia biasa yang melakukan kesalahan undang undang.

Pihak polis perlu segera melihat perkara ini lebih serius dan memberikan jawapan kepada masyarakat yang ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi..

Berikut adalah rakaman video yang memaparkan Zamani yang masih bergari di tangan mendendangkan lagu yang cukup popular di era 1990-an...

(Sorry... aku removed pasal ada yang complaint.. kalau nak tengok jugak cuba tengok kat Amenoworld..)

SAMM Johor turut mempersoalkan perkara ini..

Adakah SOP PDRM Membenarkan Sebaran Video Vokalis Dipaksa Menyanyi 
Sangat mengejutkan apabila secara tiba-tiba video bekas vokalis kumpulan SLAM iaitu Zamani yang dipaksa menyanyi dalam keadaan duduk dan bergari tersebar. 
Walaupun beliau disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah, adalah tidak wajar video beliau dalam keadaan amat mengaibkan disebarkan secara meluas. 
Ini tindakan yang amat memalukan apatah lagi didalangi oleh penguatkuasa undang-undang kita sendiri. Bagaimana rakyat hendak mempercayai kredibiliti anggota PDRM selepas ini. 
Dalam masa yang sama identiti Sirul dan Azilah, bekas anggota UTK PDRM terus disembunyikan sehinggalah Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman, sehinggalah juga Sirul berjaya melarikan diri ke Australia tanpa disedari. 
SAMM membantah keras tindakan menyebarkan klip video tersebut dan menggesa Ketua Polis Negara untuk menyiasat perkara ini. Adakah menyebarkan video OKT yang ditahan dipaksa menyanyi dalam keadaan bergari adalah merupakan satu tatacara operasi standard? 
Jika Ketua Polis Negara gagal untuk bertanggungjawab dan memohon maaf serta mengambil tindakan tatatertib kepada anggota yang terlibat akan memberikan implikasi negatif kepada imej pasukan PDRM dan menunjukkan bahawa anggota PDRM gemar berhibur dengan menggunakan OKT yang ditahan. 
Hadzril Ridzal Husin
Penyelaras SAMM Johor

Berikut pula adalah jawapan dai Ketua Polis Negara melalui laman Twitter


Kalau dah suka sangat merakam orang menyanyi.. diminta anggota Polis yang merakamkan video di atas letak jawatan sebagai anggota Polis dan pergi cari kerja sebagai cameraman!



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails