Sunday, January 4, 2015

Siapa dia Naib Pengerusi Pekida ni? Dia ni budak hingusan sahaja kata Khairuddin


Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa lelaki yang menuduhnya membuat laporan palsu berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ialah hanya seorang "budak hingusan".

Merujuk laporan polis dibuat Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan Mohamad Hilme Ibrahim terhadapnya semalam, Khairuddin berkata beliau juga akan membuat laporan polis terhadapnya esok.

"Siapa dia ni? Dia ni budak hingusan sahaja. Jelas dia tak faham proses siasatan. Bagaimana boleh dia kata saya buat laporan palsu?" kata Khairuddin hari ini.



Semalam, Hilme membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, Bukit Mertajam, mahu polis menyiasat Khairuddin kerana didakwa membuat laporan palsu berhubung 1MDB pada 13 Disember lepas.

Hilme memberitahu pemberita, laporan polis yang dibuat Khairuddin itu bukan sahaja memburukkan 1MDB, malah Umno Bahagian Batu Kawan dan Umno Pulau Pinang.

Khairuddin menyoal Hilme sama ada beliau sedar atau tidak betapa serius tuduhan yang dibuat itu sebelum membuat laporan polis.

"Adakah dia tahu apa yang dia cakapkan? Adakah dia sudah baca laporan saya atau tengok bahan yang saya beri kepada polis bagi membantu siasatan?

"Ini satu kenyataan yang serius dan berunsur hasutan terhadap saya," kata Khairuddin.

Katanya, dia akan bercakap lebih lanjut mengenai perkara itu di Bukit Mertajam esok, selepas membuat laporan polis terhadap Hilme.

Mengulas perkembangan terkini siasatan terhadap laporan polis yang dibuatnya, Khairuddin berkata polis Bukit Aman baru-baru ini merekodkan kenyataannya.

Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada polis maklumat yang diperolehi berkenaan 1MDB yang membuatkan dia tekad membuat laporan polis itu.

Khairuddin membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1MDB tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu yang didakwanya wujud kepincangan lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails