Monday, January 5, 2015

Setelah Kantoi.. K'jaan bantah surat Zahid diguna dalam kes Phua


Kata Zahid suatu masa lalu bila timbul isu kongsi gelap atau pertubuhan haram, beliau akan benteras gejala yang tidak sihat ini habis-habisan..

Tapi ramai yang terpinga-pinga bila melihat sebaran satu surat rahsia dari Zahid kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenai kes individu yang didakwa sebagai 'Raja Judi' dan anggota kongsi gelap 14K itu..

Nak bersihkan pun pilih bulu ke?

Laporan berhubung kontroversi surat itu didedahkan oleh harian Hong Kong, South China Morning Post pada 18 Disember, yang turut menyiarkan semula keseluruhan kandungan surat itu.

Phua sekarang berada bawah tahanan rumah di Las Vegas dan berdepan pertuduhan menjalankan operasi perjudian haram daripada Hotel Caesar’s Palace semasa Piala Dunia Brazil tahun lalu.

Kehairanan semua dijawab oleh Peguam UMNO, Shafee Abdullah yang tak ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia.

Menurutnya surat yang dihantar oleh Zahid itu adalah bagi membetulkan kesilapan oleh pihak PDRM tentang status Phua Wen Seng itu..

Malangnya timbul persoalan kenapa Peguam UMNO itu yang menjawab bukannya Peguam Negara yang menjawab jika surat tersebut ditulis oleh Zahid atas kapasiti Menteri dalam Kabinet Najib?

Sepatutnya Peguam Negara yang wajar memberikan jawapan jika surat itu datangnya dari Kerajaan Malaysia.. bukannya Peguam swasta itu..

Bagaimanapun setelah kantoi..


K'jaan bantah surat Zahid diguna dalam kes Phua



Surat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua Wen Seng.

Phua menghadapi tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram.

Dalam surat 18 Disember 2014 itu, Zahid menulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano menyatakan Paul Phua Wen Seng bukan anggota kongsi gelap 14k Triad.

Menteri itu (kanan) juga mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara "keselamatan negara" dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.

Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.

Surat itu telah dikemukakan kepada Mahkamah Daerah Nevada oleh pasukan peguam Phua sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Las Vegas.

Dalam satu surat yang berasingan kepada majistret hakim Peggy A Leen, pasukan peguam Phua berkata mereka menarik balik surat Zahid itu selepas Putrajaya berkata kandungannya bukan untuk tatapan awam.

"Awal hari ini, kami menyerahkan (dalam ECF No. 386) sepucuk surat yang dihantar oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia kepada Biro Penyiasatan Persekutuan.

"Kerajaan kemudiannya menghubungi kami, membantah penggunaan surat itu kerana rekod itu telah ditutup," menurut surat itu yang dilihat Malaysiakini.

Berikutan bantahan kerajaan itu, katanya, mereka menarik balik surat tersebut.

Surat itu, bertarikh 29 Disember 2014, telah ditandatangani oleh peguam David Z Chesnoff yang mewakili Phua dan juga peguam Thomas C Goldstein dan Richard Schonfeld yang mewakili anak Phua.

Ia tidak menyatakan sama ada bantahan itu datang dari kementerian Zahid atau kementerian lain dalam kerajaan ~ Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails