Friday, January 9, 2015

SAMM kutuk Rosmah guna pesawat kerajaan


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk sikap tidak bertanggungjawab isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menggunakan pesawat khas kerajaan ke beberapa destinasi ketika Datuk Seri Najib Tun Razak berada di tanah air.

Menurut Penyelaras Kebangsaannya, Zulkifli Ibrahim, Rosmah langsung tidak mempedulikan sentimen kesedihan yang dirasai ratusan ribu rakyat akibat banjir, sebaliknya tetap meneruskan aktiviti membeli-belah di beberapa bandar raya dunia.

“Rosmah menghabiskan hampir setengah juta ringgit untuk minyak pesawat Airbus 319 bernombor pendaftaran 9M-NAA, sedangkan nilai perbelanjaan itu boleh menampung bantuan untuk misi kemanusiaan di kawasan terjejas banjir,” dakwanya dalam kenyataan media.

Soalnya, mengapakah Rosmah terus menggunakan pesawat tersebut dan membiarkan Perdana Menteri menggunakan pesawat komersial untuk ke Hong Kong dan kemudiannya diambil oleh jet khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk kembali ke tanah air?

Sehubungan itu SAMM mendesak isteri Perdana Menteri memberikan penjelasan penuh dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas keterlanjuran beliau.

SAMM turut menggesa agar Rosmah berhenti menggunakan kemudahan tersebut dalam keadaan rakyat menghadapi sengsara serta penderitaan.

Sebelum ini, Pemuda PKR membidas Najib ekoran pendedahan portal Bangkok Post yang mendakwa Perdana Menteri bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Thailand atas urusan peribadi dan bukannya lawatan rasmi.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails