Tuesday, January 27, 2015

Rotan: Ramai Cikgu dijangka masuk penjara selepas ini


Sabtu lalu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dilaporkan berkata, merotan kanak-kanak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Rohani turut dilapor berkata, walaupun merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat tempatan, namun perjanjian di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang memandang serius perkara itu perlu dipatuhi.

Bagaimanapun kenyataannya mengundang kritikan berbagai pihak dari rakyat biasa sampai pemimpin masyarakat, dari Cikgu hingga kepada Mufti..

“Kita bimbang pelaksanaan undang-undang baru ini akan melahirkan generasi 'anakku Sazali'. Lihat sekarang, di sekolah sendiri guru-guru tidak boleh merotan murid.

“Konsep rotan sebenarnya bukan mendera tetapi untuk mendidik sebagaimana ajaran agama Islam,” kata Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Syed Anuar Syed Mohamad.

Itulah pemimpin dari Barisan Nasional bila bercakap main bedal saja.. nak ikut sangat penjanjian yang tah apa-apa tu sampai apa yang disarankan agamapun mahu ditolak ketepi..

Dan kenyataan kurang bijak dari pemimpin Barisan Nasional itu juga mendapat perhatian dari Presiden NUTP..

Berikut adalah laporan mengenainya..

Ramai cikgu masuk penjara selepas ini 

Sekiranya tindakan merotan diklasifikasikan sebagai jenayah, mungkin ramai guru akan masuk penjara kerana tindakan tersebut.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sebelum ini hukuman rotan ke atas murid yang melanggar peraturan sekolah dikenakan sebagai pengajaran.

“Tetapi hukuman merotan itu hanya digunakan guru setelah cara peringatan lain tidak berhasil. Bukan sewenang-wenangnya boleh merotan.

“Kita khuatir jika cikgu langsung tidak boleh rotan murid-murid. Contoh, jika merotan juga, guru-guru akan masuk penjara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Sabtu lalu untuk menjadikan perbuatan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah dalam rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan.

Hashim berkata, kesalahan merotan itu juga secara tidak langsung akan meningkatkan statistik jenayah negara.

“Dengan statistik jumlah penjenayah sudah ramai kini, tindakan itu nanti secara tidak langsung menambahkan lagi jumlah penjenayah di negara ini.

“Perangai pelajar juga dikhuatiri semakin teruk jika hukuman rotan sudah tidak dibenarkan. Adakah kerajaan sudah bersedia dengan semua itu?," soalnya.

Tambahnya, sekiranya kaedah merotan tidak lagi dibenarkan, mungkin kerajaan perlu memikirkan untuk menambah jumlah guru disiplin dan kaunseling di sesebuah sekolah.

“Tetapi semua itu akan meningkatkan kos kepada kerajaan sendiri,” katanya lapor SinarHarian



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails