Wednesday, January 14, 2015

Remaja ‘fanatik K-Pop’ diminta ke pejabat Jawi atau di tangkap!


Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, jika remaja berkenaan (yang peluk Artis K-Pop tu... ) tidak memberikan kerjasama, waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan.

Tambah Paimuzi, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam.

Ada hukuman rupanya untuk Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam tu...



Aku bukannya nak membela perbuatan tak senonoh budak-budak tu, bagi aku lebih baik mereka diberikan kaunseling dari ditakut-takutkan seperti ini..

Nak salahkan mereka sepenuhnya pun tak boleh sebab kebanyakkan yang gila sangat dengan artis K-Pop itu majoritinya terdiri dari kalangan remaja..

Jadi dari sudut matang mereka mungkin masih kurang matang, apa yang difikirkannya hanyalah seronok saja..

Tapi.... mungkin juga mereka terikut-ikut perangai isteri pemimpin negara yang jauh lebih matang dari mereka..


Oleh kerana Islam itu Adil.. maka berlaku Adil lah..


Laporan berkaitan...

Remaja ‘fanatik K-Pop’ diminta ke pejabat Jawi

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Beberapa remaja perempuan bertudung yang me­lakukan aksi tidak senonoh sewaktu konsert kumpulan K-Pop, B1A4 pada Sabtu lalu diberi tempoh seminggu bermula hari ini untuk memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, jika remaja berkenaan tidak memberikan kerjasama, waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka supaya memberikan keterangan bagi membantu siasatan sekali gus membolehkan kontroversi berkenaan diselesaikan dengan seberapa segera.

“Kes tersebut akan dihadapkan ke mahkamah dan sebarang hukuman atau denda ditentukan oleh badan itu setelah perbicaraan dilakukan.

“Seperti kes-kes terdahulu, kebiasaannya pihak mahkamah akan menghantar mereka yang disabitkan dengan kesalahan untuk menghadiri sesi kaunseling bersama Jawi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hujung minggu lalu, tersebar secara meluas di laman sosial sedutan klip video aksi pelukan dan ciuman beberapa remaja Islam bersama-sama anggota kumpulan itu dalam konsert yang berlangsung di KL Live Center.

Video berdurasi tiga minit 21 saat itu menunjukkan empat pe­rempuan yang memakai tudung bukan sahaja merelakan diri dipeluk dan dicium malah membalas pelukan ahli kumpulan berkenaan.

Tambah Paimuzi, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam.

“Pihak kami sebenarnya sedang menjalankan siasatan dan golongan penyokong K-Pop yang terlibat dengan kes tersebut masih belum dikenal pasti,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Paimuzi turut mengambil kesempatan untuk menasihati remaja agar berhati-hati semasa berhibur de­ngan mengambil kira ajaran Islam.

Katanya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak agar tidak terjebak dengan perkara yang negatif seperti ini.

“Dalam setiap aktiviti anak-anak, ibu bapa harus mengambil tahu dan sentiasa menasihati mereka agar bersikap sopan dan memelihara akhlak supaya tidak mudah terjerumus dengan aktiviti tidak sihat,” katanya ~ Utusan



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails