Monday, January 5, 2015

Pelik.. lebih dari 120,000 jadi mangsa banjir, tiba-tiba Najib sorang kena E-Coli?


Mana tak peliknya.. lebih dari 120,000 orang telah menjadi mangsa banjir baru-baru ini, puluhan ribu yang terpaksa mengharungi air banjir untuk menyelamatkan diri namun tidak terdapat sebarang laporan adanya antara mereka terkena jangkitan e-coli.

Tapi Najib yang hadir melawat kawasan banjir serta berlakon dalam lawatan ke tempat mangsa banjir di Perak, kena air banjir pun tak banyak mana boleh pulak kena e-coli.

Kalau nak kata Najib dijangkiti e-coli tu semasa berlakon dalam air banjir di Perak, kenapa pula MB Perak dan macai-macainya tak dijangkiti penyakit itu?



Atau mungkin juga Najib tak amalkan langkah pencegahan seperti sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun, basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas, minum air yang dimasak atau air yang dibotolkan dan elak minum air yang tidak dimasak seperti disarankan Ketua Pengarah Kesihatan.

Tapi yang menjadi mangsa banjir nak dapatkan air bersih pun susah.. macam mana mereka nak amalkan langkah pencegahan tu?..


Takkanlah begitu lemah antibodi Najib ni.. orang lain tak kena dia sorang pulak yang kena..

Betulke kena E-Coli ni? atau sekadar nak meraih simpati..

Lagipun penumpang misteri yang memperkudakan Jet Rasmi Kerajaan dan menjadikannya sebagai hartanya sendiri telah terdedah..

Ini sebahagian laporan yang dipetik dari Malaysiakini

Pesawat Airbus A319CJ dengan nombor pendaftaran 9M-NAA mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam semalam, demikian menurut sistem pengesanan penerbangan, Flightradar24, selepas berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Don Mueang sejak hari Jumaat.

Rentetan dari mendaratnya Jet Rasmi itu di Bangkok.. tiba-tiba tersebar gambar penumpang misteri itu sedang melilau di sebuah shopping complex.. mungkin sebab tak puas lagi shopping di LA, New York dan London tu kot..





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails