Saturday, January 3, 2015

Peguam UMNO jelaskan sebab Zahid tulis surat kepada FBI bantu 'Raja Judi'..


Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata surat oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bagi membetulkan satu kesilapan dalam laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Shafee berkata, surat menteri dalam negeri bertarikh 18 Disember lalu bagi menjelaskan bahawa raja judi, Paul Phua bukan anggota kongsi gelap 14K Triad.

FBI sebelum ini menyerahkan satu dokumen kepada mahkamah US yang menyatakan makluman daripada PDRM bahawa Phua menganggotai organisasi jenayah antarabangsa tersebut



"Saya rasa kesilapan ini sangat besar dan ia menjejaskan kebebasan individu.

"Maka menteri merasakan situasi ini perlu dibetulkan," kata Shafee dalam sidang media khas untuk menjelaskan perkara itu.

Shafee mendakwa mengetahui tentang maklumat tersebut daripada sumber dalaman polis sendiri.

Atas permintaan peguam Phua

Peguam ternama yang pernah mewakili kerajaan dan beberapa ahli politik Umno itu bercakap selaku peguam kepada Paul Phua.

Ditanya jika laporan polis Malaysia pada tahun 2008 itu silap, Shafee menjawab, "Silap".

Menurutnya, beliau mendapatkan penjelasan perkara itu daripada sumber dalaman polis namun enggan menyebut sebarang nama.

Tegasnya, penjelasan itu datang daripada seorang pegawai kanan polis.

Mengulas lanjut, Shafee memberitahu yang Zahid menulis surat itu atas permintaan beliau sendiri untuk memenuhi keperluan perundangan.

Jelasnya, firma guaman US Messrs Chesnoff & Schonfeld, yang mewakili Phua memohon bantuannya untuk menjelaskan latar belakang Phua.

Phua sedang menunggu perbicaraan di US atas dakwaan menjalankan operasi perjudian haram di Las Vegas.

Menurut Shafee lagi, firma guaman US itu memohon bantuannya sebelum ini untuk menasihati mereka berkenaan hal ekstradisi - yang juga berkaitan dengan kes Phua.

Menteri faham

"Saya menulis (kepada Zahid) sekitar bulan Ogos untuk memberikan nama penuh subjek (Phua) dan saya juga cakap, bolehkah tolong jelaskan sama ada Phua adalah anggota kongsi gelap 14K," katanya.

"Menariknya, menteri hanya jawab dua bulan kemudian - beliau tidak terus membalas surat itu kerana beliau perlu dapat maklumat dari polis – beliau menjelaskan yang Phua bukan ahli kongsi gelap 14k," katanya.

Menurutnya, Zahid diminta menulis terus kepada FBI dan bukan membalas surat firma guamannya untuk mengelakkan sebarang keraguan.

Jelasnya, keaslian jawapan Zahid akan diragui jika jawapan Zahid diajukan kepada firma guamannya terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada FBI.

Katanya lagi, Zahid terikat dengan tanggungjawab perundangan untuk memberikan maklumat itu apabila diminta, selagi ia tidak menjejaskan keselamatan negara.

"Jika beliau tidak menjawab soalan itu, saya boleh memaksa beliau (menteri) menjawab melalui perintah mahkamah.

"Menteri sangat faham akan haknya daripada segi keselamatan negara," katanya lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails