Wednesday, January 14, 2015

Pegawai Polis Antara Ditahan Dalam Serbuan Makmal Dadah


Polis menyerbu sebuah makmal mini memproses dadah di Jalan Long Jaafar, Taman Bersatu dekat Taiping Ahad lalu dan menahan dua lelaki termasuk seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 25 kilogram ephiderine yang digunakan untuk memproses syabu yang keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM343,625.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, suspek pertama yang ditahan berusia 34 tahun didapati mempunyai dua rekod kesalahan lampau dan positif dadah, manakala seorang lagi yang ditahan adalah pegawai polis berpangkat Inspektor berusia 40 tahun yang berkhidmat di Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Sungai Senam, di sini.

"Serbuan dijalankan pada jam 9.30 malam Ahad lalu, oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak hasil maklumat awam dan polis percaya suspek menjadikan premis kediaman terbabit sebagai makmal mini memproses dadah jenis syabu.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan menyeluruh turut akan dilakukan terhadap pegawai polis berkenaan bagi mengenalpasti sama ada suspek terbabit dalam kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah atau hanya menagih saja," katanya pada sidang media lapor RakyatNews



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails