Monday, January 12, 2015

Mejar Zaidi dibuang dari Perkhidmatan


Bercakap benarpun salah rupanya dalam Angkatan Tentera.. sanggup mereka menanggung kerugian dari segi kos latihan seorang juruterbang hanya kerana mahu menunjukkan merekalah penjilat setia kepada BN..

Mereka sanggup melihat Angkatan Tentera hilang seorang juruterbang yang berpengalaman asal perut mereka sendiri terpelihara..

Setahu akulah.. dalam ikrar angkatan tentera,yang teratas sekali ialah Beriman kepada Tuhan dan bertaqwa kepadaNya..

Tapi kenapa perlu berikrar sedemikian rupa jika apa yang Allah SWT mahu kita lakukan iaitu bercakap benar dilakukan kita dianggap bersalah pula?



Jihad yang paling besar ialah berkata benar dihadapan penguasa atau pemerintah yang zalim... bagi aku rakyat wajar memberikan tabik hormat kepada Mejar Zaidi.

Inilah contoh pejuang sebenar.

Malaysiakini melaporkan..

Mejar Zaidi Ahmad dibuang kerja selepas didapati bersalah melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dengan memberi kenyataan media tanpa kebenaran.

"Mahkamah secara sebulat suara menjatuhkan hukuman dibuang kerja dari perkhidmatan Seri Paduka Baginda," kata Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan.

Sebelum itu The Malaysian Insider melaporkan..

Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad hari ini didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.

Ketika diminta mahkamah rayuan untuk merayu hukuman lebih ringan, pegawai TUDM berusia 45 tahun itu berkata, akan berjumpa dengan pendakwa dan para hakim di "mahkamah Allah".

Selepas mengumumkan Zaidi didapati bersalah, panel membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan dan memberi beliau masa untuk bercakap dengan panel tentera.

Zaidi mendakwa panel tersebut mempunyai agenda politik, dan berkata mereka lebih bimbangkan "penuhi perut sendiri" daripada menggunakan otak.

Ini menyebabkan mahkamah mencelah ucapan beliau. Bercakap tanpa berhenti, beliau dihentikan sekali lagi dan diminta menghormati mahkamah.

Sebaik sahaja itu, Zaidi berhenti bercakap dan memberitahu mahkamah, beliau tidak ada apa-apa untuk dikatakan lagi jika beliau tidak dibenarkan kebebasan untuk berucap.

"Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah," katanya.

Awal hari ini, panel mahkamah memutuskan yang pendakwa berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Mejar Zaidi, 2 daripada 7 dakwaan terhadapnya.

Panel tersebut yang diketuai pegawai pengerusi Kol Saadon Hasnan berkata 8 saksi dipanggil ke kandang saksi sejak perbicaraan bermula pada Mei 2013.

"Pihak pendakwa berjaya menubuhkan kes prima facie terhadap yang tertuduh bagi dakwaan kedua dan ketiga, oleh itu kami dapatinya bersalah atas dua dakwaan," kata Saadon.

Sebelum ini beliau mengumumkan Mejar Zaidi akan membela dirinya sendiri di mahkamah kerana majlis pembela "tidak dapat menghadiri perbicaraan".

"Majlis peguambela tidak dapat menghadiri mahkamah tetapi perbicaraan masih akan diteruskan," katanya sebelum mengumumkan keputusan mahkamah.

Zaidi didapati bersalah kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan pihak media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.

Saadon, dalam menyampaikan keputusan mahkamah berkata yang tertuduh diberi peluang untuk mempertahankan dirinya tetapi memilih untuk berdiam diri.

Pendakwaraya Rose Annuar Aripin meminta mahkamah menjadikan kes Mejar Zaidi contoh terbaik bagi mereka yang terlibat dengan angkatan tentera.

"Beliau juga salah satu pegawai tertinggi yang bertanggungjawab ke atas skuad beliau, oleh itu beliau patut dihukum sekeras-kerasnya," kata Rose Annuar.

Rose Annuar juga menambah, dengan lebih 20 tahun perkhidmatan beliau, Zaidi sepatutnya lebih sedar dan matang dalam tindakannya.

Mahkamah bersurai untuk 3 jam dan akan bersambung pada 2 petang hari ini di mana mahkamah akan memutuskan hukumannya.

Dan hukuman yang dikenakan terhadap Mejar Zaidi ini juga jelas sebagai satu peringatan buat lain-lain anggota Tentera supaya jangan menyokong Pakatan Rakyat..

Ikut saja apa arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai atasan yang kebanyakkannya naik bukan kerana mahir dalam bidang mereka tapi kerana pandai bodek..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails