Monday, January 19, 2015

Mahathir akan ambil alih Ketua Pembangkan jika Anwar ke penjara?


Pakatan Rakyat kini semakin risau untuk mencari siapa pengganti kepada Anwar Ibrahim jika beliau dijatuhkan hukuman penjara kerana dakwaan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

11hb Januari, Hakim telahmenetapkan bahawa lagi dua minggu keputusan Mahkamah Persekutuan akan dikeluarkan sebelum proses rayuan terkahir Anwar Ibrahim dijalankan.

Maka misi pencarian pengganti Anwar makin singkat tempohnya. Sebenarnya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu risau dan susah payah mencari siapa yang layak mengambil tugas Anwar Ibrahim untuk menentang DS Najib Razak dan juga BN.

Menurut pemimpin Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim, sudah ada individu yang layak bagi tugas tersebut.

Menurut Zamil, Tun Mahathir dan juga Tun Daim telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab Anwar mengkritik kerajaan pimpinan Najib.

Malah, Tun Mahathir dan Tun Daim lebih hebat dari Anwar kerana negarawan itu lebih bijak dan lebih pedas kritikannya.

Sebelum ini, Tun Mahathir telah membuktikan kehebatan beliau dengan menjatuhkan pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan hanya sebuah blog.

Anwar pun tak sehebat itu kerana dari tahun 1999 sehingga sekarang, Anwar belum dapat menumbangkan kerajaan pimpinan Najib Razak.

Ini semua menunjukkan bahawa PR kini telah mempunyai Ketua Umum yang baru secara tidak langsung.

Maka tak perlu lagi dirisaukan mengenai siapa pengganti Anwar kerana 'guru' kepada Anwar lebih layak dan bersedia.

Dan jangan hairan, jika pemimpin-pemimpin PR sendiri merayu kepada Tun Mahathir dan juga Tun Daim supaya menyertai kumpulan mereka untuk menumbangkan kerajaan BN dan juga merampas Putrajaya.

Itu adalah kata-kata Zamil yang disiarkan oleh UtaraNews ...




Berikut pula adalah jawapan dari Blogger Pro UMNO mengenai dakwaan Zamil itu..

Bila Zamil Ibrahim bekas KITA, seorang yg pernah berada dalam pembangkang dan kemudian sedia bersama menyertai parti Dato Zaid Ibrahim lalu kini menjadi menyerang Tun M, ada sesuatu tidak kena.

Sekali pandang, tak kena seorang pernah dalam pembangkang serang Tun M dengan tuduhan dia pembangkang. Macam orang tak ada cermin di rumah.

Maka mesti dia berkata sesuatu yang sumbang atas arahan seorang yang kurang cerdik dan strategik tapi perangai main sondol macam lembu dari India yang halal dimakan jika disembelih orang Islam.

Memanglah tidak kena sebarang isu yang lahir dari Zamil yang sudah lumrah dilihat semacam menyanyi satu korus dengan personaliti kurang bermutu dan integriti seperti Azwandin JMM, Rani Kulop dan mungkin sekali Ramesh Rao, tapi sentiasa dapat liputan media yang diterajui Dato Jalil NSTP, Dato Aziz Utusan dan Dato Asyraf TV3.

Azwandin tu hanya budak kedai jual buku yang ngaku ada Master GPA 3.8 dari Kanada tapi tak boleh jawab soalan dalam PC hingga sering TV3 terpaksa guna voiceover untuk menutup suara kebudsk2an Azwandin.



Serangan Zamil terhadap Tun M dari arahan seseorang TIDAK KENA sebab Dato Najib sangat menghormati Tun Dr Mahathir dan menerima baik teguran-teguran yang diberi.

Cuma nak dipenuhi semua susah dan kadang kala Penasihat dalaman yg ada agenda masing-masing tidak membantu membolehkan cadangan Tun M.

Seterusnya silalah baca di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails