Monday, January 26, 2015

Lizard Squad dakwa MAS berbohong..


Penggodam yang menggelarkan diri sebagai Lizard Squad telah membocorkan jadual penerbangan dan maklumat tempahan penumpang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Ia termasuk penerbangan seorang menteri walaupun syarikat itu menafikan sistem mereka diceroboh. Dalam posting twitter, Lizard Squad memuatnaikkan imej ‘screen capture’ yang kelihatan seperti sistem emel MAS.

Antaranya, tempahan perjalanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.


Bagaimanapun, MAS tidak beroperasi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka untuk operasi.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan MAS menyatakan bahawa sistem laman web itu digodam dan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 22 jam.

Bahkan, pihak MAS sendiri telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak CyberSecurity Malaysia dan Kementerian Pengangkutan.

Bagaimanapun, dakwaan MAS bahawa maklumat serta data tempahan pengguna masih selamat disangkal oleh penggodam terbabit dengan menyifatkan pihak MAS berbohong mengenai perkara itu.

“Kami ingin menyatakan bahawa MAS telah berbohong bahawa maklumat pengguna tidak didedahkan,” tulis di twitter penggodam tersebut.

Sinar Harian juga melaporkan kumpulan tersebut memberi gambaran seolah-olah mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Cubaan untuk mengakses laman web MAS pagi tadi membawa pengguna ke halaman berlatar belakang hitam dengan tulisan merah berbunyi ‘404 – Plane Not Found’ (pesawat tidak ditemui).

Kebiasaannya, laman web yang tidak dapat diakses akibat tiada liputan internet akan mengeluarkan nota berbunyi ‘404 – Page not found’ (halaman tidak ditemui) ~ Free Malaysia Today



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails