Tuesday, January 20, 2015

Interpol keluarkan 'Red Notice' terhadap Sirul Azhar


Interpol mengeluarkan notis merah kepada Sirul Azhar Umar, yang dijatuhkan hukuman mati kerana didapati membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Notis merah menandakan pihak berkuasa sedang cuba mengesan lokasi dan menahan orang yang dikehendaki untuk diekstradisi atau tindakan undang-undang serupa.

Nama Sirul diletakkan dalam laman web Interpol, bersama 37 individu lain yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia atas pelbagai kesalahan jenayah.

Bekas korporal di Unit Tindakan Khas berusia 43 tahun itu gagal hadir ke Mahkamah Persekutuan minggu lalu, dan dia dipercayai berada di Australia.

Bernama melaporkan Sirul meninggalkan negara 2 bulan lalu dan tidak ada wang yang cukup untuk kembali ke Malaysia.

Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan kerajaan berhubung kes pembunuhan Altantuya, yang menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul dan Ketua Inspektor Azilah hadri.

Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkata pihak pendakwaan membuktikan kesnya untuk mensabitkan kedua-dua tertuduh bersalah atas dakwaan yang dikenakan.

"Mahkamah Rayuan tersilap dalam mengenepikan keputusan mahkamah sebelum ini dan membebaskan mereka," kata Suriyadi yang merupakan salah seorang daripada panel lima hakim.

Pada 23 Ogos, 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul serta membebaskan mereka.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Tun Abdul Majid Tun Hamzah memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap dan permohonan itu diterima.

Empat tahun sebelum itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaki Mohd Yassin mendapati mereka berdua bersalah dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Bukti dalam mahkamah mendedahkan yang penterjemah Mongolia itu sama ada dibunuh dengan peledak C4 ataupun dibunuh terlebih dahulu sebelum diledakkan pada 18 Oktober, 2006, di pinggiran luar Shah Alam berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa memanggil mereka untuk membela diri.

Bagaimanapun, pihak pendakwa tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails