Thursday, January 1, 2015

Harga minyak turun antara 30 dan 35 sen


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini mengumumkan harga runcit bahan api di negara ini akan dikurangkan antara 30 dan 35 sen mulai esok berikutan trend menurun dalam harga minyak mentah global.

Beliau menulis tweet yang petrol RON95 akan dijual pada harga RM1.91 seliter (pengurangan sebanyak 35 sen), petrol RON97 pada RM2.11 seliter (turun 35 sen) dan diesel RM1.93 seliter (turun 30 sen).

Harga yang diumumkan itu hampir sama dengan pengiraan yang dibuat ahli Parlimen Pakatan Rakyat Rafizi Ramli terdahulu hari ini yang mengatakan RON95 petrol patut ditetapkan pada harga RM1.91 seliter dan diesel pada RM1.94 seliter lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails