Monday, January 12, 2015

Eric Paulsen ditahan Polis dipercayai kerana kritik JAKIM


Peguam Eric Paulsen ditahan polis di Brickfields, Kuala Lumpur sebentar tadi, dipercayai ekoran tweetnya sebelum ini yang mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) beliau kini dibawa ke balai polis Dang Wangi walaupun sudah bersetuju untuk memberikan keterangan esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu. “@PDRMsia baru sahaja menangkap Eric Paulsen di Brickfields,” tulis Khalid di Twitter sebentar tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin PKR dan pengasas LFL N Surendran berkata polis membawa Paulsen ke firma guamannya Daim & Gamany di Petaling Jaya dan merampas laptopnya.

Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap Paulsen ekoran tulisannya di Twitter pada Jumaat lalu yang mendakwa Jakim “mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat”.

Pengerusi Biro Agama pergerakan itu Azmir Yuzaimi Mohd Yunos di ibu pejabat polis daerah (IPD) Putrajaya mendakwa kenyataan itu berunsur hasutan, provokasi terhadap Islam dan mahu tindakan tegas diambil.

Tulisan kontroversi itu bagaimanapun dipadamkan setelah dikritik banyak pihak, termasuk ketua polis sendiri, Pemuda PAS dan Utusan Malaysia.

Terdapat anggapan bahawa Paulsen merujuk kepada khutbah Jumaat.

Pada Sabtu, Khalid dilapor mengesahkan polis akan menyiasat Paulsen bawah Akta Hasutan 1948 lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails