Monday, January 12, 2015

Dipeluk artis K Pop: Jauh lebih teruk dari memeluk anjing kata Dr Zaharuddin (Video Inside)


Pihak media, ulama, tokoh dan pihak berkuasa agama wajar beri liputan dengan mengutuk program K-POP dan penyebaran beberapa gambar serta video memaparkan beberapa orang gadis Melayu bertudung dicium serta dipeluk artis Kpop.

Tokoh Agama, Dr Zaharuddin Abd Rahman, berkata ia perlu dilakukan seperti kecaman program menyentuh anjing kerana dosa pelukan seperti dalam video itu dan pengaruhnya jauh lebih besar kepada masyarakat.

Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam.



“Astaghfirullahal ‘Azim, program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing.

“Bapa dan suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian, Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa. Biarkan diri dicabul atas nama suka dan disorak pula,” tulis Dr Zaharuddin di laman Facebooknya.

Dr Zaharuddin berkata, tudung yang sepatutnya menutup aurat tubuh daripada dilihat, nampaknya hanya sekadar hiasan dan fesyen hingga membiarkan diri disentuh dan dipeluk cium.

Katanya, video itu telah tersebar dan si pelakunya juga tahu program ini tersiar langsung di media maka siarannya di sini tiada membuka aib sedang pelakunya.

“Taubat wajib bagi mereka yang terlibat namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud youtube.

“Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami dan mengenal dosa dan pahala serta mampu menjauhi kemurkaanMu.

“Tidak perlu maki hamun di ruangan komen kerana tiada banyak nilainya, berfikir dan bertindaklah menasihati gadis-gadis peminat kpop di sekeliling kalian,” katanya lapor SelangorKini





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails