Monday, January 26, 2015

Datum Jelatek: Nak tukar jadi "Chinese District" macammana kalau majoriti pembeli Bumiputera?


Projek Datum Jelatek sebelum ini dibantah penduduk tempatan yang mendakwa ia bertujuan menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi "Chinese District" (Daerah Cina) kerana ia hanya mampu dimiliki kaum Cina dan warga asing dari China.

Dan semalam, kira-kira 100 penduduk berarak ke tapak projek dan bertindak memecahkan tembok zink, manakala sesetengah mereka meluru masuk ke dalam tapak projek.

Kumpulan tersebut sebelum itu berarak dengan aman tetapi kemudian bertukar menjadi agresif. 

Bagaimanapun, situasi tegang berjaya dikawal selepas pegawai polis yang berada di tempat kejadian meleraikan kumpulan tersebut yang mendakwa mereka merupakan penduduk tempatan.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali hari ini juga membidas tindakan kumpulan yang bertindak ganas semalam serta mempersoalkan sama ada mereka benar-benar penduduk sekitar kawasan tersebut. 

"Mereka itu siapa? Awak pasti mereka penduduk tempatan? Selain Encik Salleh (Samad, Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek) siapa lagi yang hadir?" katanya.

Berikut adalah laporan mengenai Datum Jelatek yang dipetik dari The Malaysian Insider

Dakwaan yang projek kondominium mewah Datum Jelatek bakal menjadi penempatan daerah kaum Cina seperti dibuat segelintir penduduk setempat adalah tidak benar, kata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). 
Sebaliknya, Pengurus Besar PKNS Azlan Md Alifiah menegaskan majoriti bakal pembeli kondominium di Datuk Keramat itu, yang dibangunkan DatumCorp International (DCI), adalah Bumiputera. 
"Sehingga 14 Januari 2015, projek berkenaan mendapat sambutan baik, dan setakat ini 1,097 bakal pembeli Bumiputera yang menunjukkan minat sudah mendaftar. Angka yang dicatatkan melebihi 674 unit disediakan," katanya. 
Azlan berkata pihaknya sudah bertemu dengan penduduk sekitar dan reaksi yang diberikan mereka positif, berbeza dengan dakwaan kumpulan yang berdemonstrasi semalam. 
"PKNS dan DCI sentiasa menerima pandangan dan cadangan daripada penduduk di sekitar kawasan pembangunan Datum Jelatek ini bagi memastikan mereka benar-benar faham tujuan pembangunan projek ini. 
"Kita mengadakan perjumpaan dan berdialog bersama penduduk sekitar. Malah, kami menerima reaksi positif daripada keseluruhan penduduk di sini yang menyokong projek ini," katanya. 
Mengenai insiden pencerobohan tapak projek pembinaan semasa demonstrasi semalam, Azlan memberitahu, satu laporan polis sudah dibuat bagi mendakwa pihak terlibat dalam insiden ganas itu. 
"Kami memandang berat perkara ini dan tindakan undang-undang bakal diambil ke atas mereka yang terlibat," katanya.

Kalau macam tu.. puak-puak yang buat demo tu.. tentu ada agenda tersembunyi.. cari makan kot?



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails