Friday, January 16, 2015

Datuk mana bekas CEO Tekun yang makan rasuah sampai RM70,000 sebulan ni?


Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang.

Majistret Lukman Hakim Abu Bakar Sedik mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula Jumaat sehingga 22 Januari ini terhadap lelaki berusia 60 tahun itu untuk disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek bergelar 'Datuk' itu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada 9.30 pagi Jumaat untuk mendapatkan perintah reman.

Difahamkan lelaki yang tamat kontrak dengan agensi berkenaan pada Disember tahun lalu itu ditahan di Kelab Shah Alam, Selangor pada 9.20 malam Khamis.

Suspek didakwa melakukan kesalahan itu bermula 2011 hingga tahun lepas, dengan meminta rasuah daripada syarikat pengutip hutang mengikut peratusan dan sebagai balasan, kontrak perkhidmatan syarikat itu, dilanjutkan.

Siasatan awal mendapati suspek memperoleh RM20,000 hingga RM70,000 sebulan sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut rekod, suspek dilantik ke jawatan itu pada 2004 di mana ketika itu Tekun adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bagaimanapun selepas kementerian itu dimansuhkan, Tekun kini diletak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani lapor mStar



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails