Monday, January 19, 2015

Bila TV3 percaya kepada orang yang salah... inilah jadinya..


Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan arahan wajib membuat liputan TV3 terhadap program PKR yang didakwa bertujuan menyerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Saiful memuat naik komunikasi WhatsApp yang mengandungi arahan “must cover and use” (wajib buat liputan dan guna) kepada wartawan penyiaran Nik Suryani Megat Deraman pada 25 November lalu.

Arahan yang didakwa daripada “bos besar” itu mengarahkan Nik Suryani, yang juga isterinya, membuat liputan berhubung sidang media anggota parlimen PKR Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin.



Ia berkaitan desakan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan hasil siasatan terhadap dakwaan kes rasuah Daim di parlimen.

“Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack (serang) Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage (liputan) pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke?

“Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim pula?” soalnya.

Saiful berkata, beliau ingatkan serangan terhadap Daim itu cuma sekali tetapi “rupanya makin menjadi-jadi”.

Berhenti kerana 'jijik'

Nik Suryani kini tidak lagi berkhidmat dengan TV3 setelah mengambil skim pemberhentian kerja “MSS”.

Hari terakhir beliau bertugas pada 15 Disember.

“Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan PC (sidang media) Shamsul Iskandar-PKR, untuk tikam tokoh yang beliau sendiri hormati.

“Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walau tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip. Rezeki di tangan Allah," katanya.

Daim (kanan) sebelum ini telah menyuarakan rasa terkejutnya terhadap perhatian luar biasa media mesra kerajaan terhadap dakwaan pembangkang berkaitan tuduhan yang dilemparkan padanya.

Serangan terhadap Daim, orang kuat Tun Mahathir Mohamad, dilihat bermula selepas bekas perdana menteri dan beberapa lagi tokoh mula bersikap kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

SPRM pada 1998, ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR), memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap Daim.

Bagaimanapun, kali ini, SPRM telah mengambil keterangan Daim dan akan bertemu dengan Anwar yang mendakwa mempunyai bukti kukuh berkenaan kes itu lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails