Saturday, January 3, 2015

Betulke Sharifah Sofia kata MH370 disembunyikan di bawah tanah di Ukraine tu?


Sehari dua kebelakangan ini tersebar di laman Facebook dan berbagai media sosial yang lain kononnya Pesawat MAS yang hilang iaitu MH370 kononnya ianya kini disembunyikan di bawah tanah di Ukraine setelah dirampas oleh dua individu dari Ukraine..

Menariknya teori konspirasi oleh Sharifah Sofia itu walaupun pada asasnya tidak lojik langsung dipercayai oleh kebanyakkan penyokong Pakatan Rakyat, mereka menyalinnya dan menyebarkannya pula..

Aku malas nak ulas panjang-panjang pasal teori konspirasi itu.. bacalah apa yang dipertikaikan tentang teori Sharifah Sofia itu oleh pihak yang punya pengalaman dalam bidang ketenteraan ini..



Hening pagi 3 Januari 2014 kami mulakan dengan nama Allah, dan memohon agar dipermudahkan urusan kami menegakkan yang haq serta membongkar kepalsuan.

Dipanjatkan juga doa agar mangsa-mangsa insiden MH17 dan QZ8501 dicucuri rahmat dan keluarga mereka yang terlibat tabah menghadapi dugaan besar.

meneruskan sanggahan kami....

Sevastopol kini berada didalam kawalan pihak pro Russia sejak 18 Mac 2014 dan lokasi MH370 seperti yang dicanangkan berada didalam kubu bawah tanah (kononnya lah) di pangkalan udara Sevastopol maka sepatutnya sudah pun di beritakan oleh agensi-agensi Russia dan juga agensi berita antarabangsa tak kiralah pro mana sekali pun kepada masyarakat dunia amnya dan kalangan keluarga mangsa khasnya.....TETAPI....sehingga hari ini....tiada kelibat pesawat tersebut dibawa keluar oleh warga Sevastopol dan pasukan tentera Russia....yang sepatutnya mengakhiri misteri kehilangan pesawat tersebut.....

nah kenapa sehingga hari ini, 3 Januari 2015 pesawat 370 masih tidak kelihatan seperti yang diperkatakan sopeah.....malah sebaik Sevastopol dan wilayah Crimea menjadi sebahagian dari Persekutuan Russia sejak 18 Mac 2014 ia sudah patut ada.....tapi tiada tanda-tanda jelas yang pesawat tersebut memang ada disana seperti diperkatakan sopeah....

dalam sopia mencanang kepada masyarakat umum yang dia ada segala maklumat risikan, data dan informasi trampil, ramai tidak perasan akan beberapa perkara dalam hujahannya yang bercanggah.

Jika anda pembaca konspirasi-konspirasi teori dari kalangan cerdik pandai aviasi dari barat sperti Keith Ledgerwood, dan Goodfellow atau dari Kapten Azhari,maka anda akan nampak saduran teori kedua-dua orang ini dengan tokok tambah cerita risikan dan espionaj oleh sofia. Sebenarnya sopiah ni tidaklah ada apa-apa maklumat pun, melainkan dari rujukan media luar negara dan juga hasil pembacaan dari teori-teori konspirasi luar negara berkaitan 370 dan kemudian ditokok tambah dengan adegan kononnya dia bertemu penyiasat, menerima data dan maklumat serta lain-lain lagi. Dia hanya melakukan plagiat terhormat dengan menambah ciri-ciri Islamik, persepsi dan retorik

Nothing more and nothing less.

Salah satu aspek adalah penekanan oleh sopiah ni dimana pesawat terbang ke Ukraine melalui negara Asia Selatan dan Asia Tengah. Jika anda pengikut atau pemerhati page mereka anda akan tangkap beberapa statement seperti "pesawat mendarat isi minyak di Georgia" dan "mendarat di pangkalan udara US lama di Krygyzstan" selain "melalui negara seperti Bangladesh,Nepal untuk mengelak dari radar moden" sebagai menyebut beberapa kenyataannya.

Mengejutkan kerana, sebelum ini sopia dengan yakinnya mengatakan pesawat menghala ke selatan kepulauan Maldives dan mendarat di Diego Garcia, malah turut menyelitkan kononnya media India tidak dibenarkan melapor berita tentang penduduk tempatan yang menjadi saksi pesawat 370 terbang berhampiran Maldives. Setelah beberapa lama, faktanya bertukar dari Diego Garcia ke Sevastopol.

Pesawat 370 yang dipetik sopia tidak terbang dari Diego Garcia ke sevastopol tetapi sejak ia hilang diluar pantai kota bahru, ia terus menuju ukraine, melalui beberapa negara dan singgah mengisi minyak sambil menurunkan mayat mangsa, katanya.

Ini bukan rekaan kami tetapi ditulis sendiri olehnya, dan jelas berlaku percanggahan kenyataan yang menunjukkan teorinya hanya berlandaskan maklumat media semasa beberapa bulan lepas dengan sekarang dan mengikut kesinambungan tulisan-tulisan konspirator luar negara.

Kami lampirkan sahaja apa yang ditulisnya sebelum ini dan anda teladani sendiri untuk membuat kesimpulan


Kenyataan terkini sopia mengatakan pesawat terbang ke Ukraine, melalui Bangladesh, Nepal, Krygyztan dan Kazakhstan sebelum tiba di Georgia dan mendarat di Sevastopol.

anda bandingkan sendiri

Jadi apakah benar pesawat terbang ke Ukraine. Didalam statement seterusnya sopiah mengatakan pesawat mendarat di pangkalan udara yang ditinggalkan amerika di Kyrgyzstan. Sebenarnya ada satu sahaja pangkalan udara dan ia dijadikan pusat transit tentera Amerika dan sekutunya ketika pencerobohan Afghanistan dan Iraq. Pangkalan udara tersebut bernama Manas dan terletak didalam kawasan lapangan terbang antarabangsa Bishkek, tidak jauh dari ibu negara Kyrgyzstan.


Gambar di atas menunjukkan Kant berada 20km dari Bishkek dan merupakan pangkalan udara yang menempatkan pesawat-pesawat angkatan udara Russia, manakala Manas yang berada 25km dari Bishkek merupakan pangkalan logistik AS

Disini kami menyanggah mengenai Kyrgyzstan yang merupakan negara yang berada dalam liputan radar pertahanan udara Russia dengan kerjasama Kazakhstan hasil penyatuan militer melalui CSTO (Collective Security Treaty Organization).Pangkalan udara yang disebutkan sopiah adalah pangkalan udara Manas merupakan pusat transit logistik tentera Amerika bagi operasi di Iraq dan Afghanistan. Lapangan terbang antarabangsa Manas terletak didalam lingkungan kawasan metropolis Bishkek, dengan kepadatan penduduk yang tinggi serta terletak hampir dengan sempadan Kazakhstan.

Memandangkan Manas merupakan pusat transit logistik tentera Amerika dan sekutunya, maka mejadi satu kebiasaan negara jiran akan menghalakan segala aset ISR, seperti satelit pengintipan, radar pertahanan udara dan pesawat amaran awal untuk memantau aktiviti di Manas. Russia dan China memantau aktiviti di Manas sepenajang masa sejak ia beroperasi sebagai pangkalan logistik tentera penceroboh dalam penaklukan Afghanistan dan kemudian Iraq. Jika mengikut time line sopia...dia mengatakan pangkalan udara tersebut sudah ditinggalkan dan tidak digunakan lagi pada tarikh kejadian insiden MH370 iaitu pada bulan Mac. Walaubagaimanapun, pangkalan udara tersebut masih lagi beroperasi sehingga June 2014, dan penerbangan awam masih lagi berjalans seperti sediakala lantas mewujudkan satu.

Sebagai tambahan, Krygyzstan bukan sahaja menjadi tuan rumah kepada pasukan logistik bersenjata Amerika berpangkalan di Manas yang terletak 25km dari Bishkek, malah turut menyediakan pangkalan udara bagi Persekutuan Russia sejak tahun 2003 dimana angkatan udara Russia ditempatkan di Kant, 20km dari bandaraya Bishkek.

Jadi persoalannya, KALAU BENAR 370 MENDARAT DI MANAS,KYRGYZSTAN MAKA SUDAH TENTULAH PIHAK RUSSIA SUDAH MENGETAHUINYA. NAMUN MENGAPA LANGKAH-LANGKAH CEGAH RINTANG SEPERTI MENAHAN PESAWAT DARI TERBANG DAN MENGHANTAR PASUKAN KHAS UNTUK MENUNDUKKAN PERAMPAS PESAWAT TIDAK BERLAKU. data pesawat tersebut dan dengan mudah boleh digunakan untuk tujuan menyiarkannya kepada masyarakat antarabangsa tetapi ini tidak berlaku.

Mengejutkan sekali yang ini langsung tidak berlaku seolah-olah 370 tidak pernah berada disana...atau memang ia tidak pernah pun berada ditempat yang diperkatakan sopiah

...tiada pengumuman dan tiada siaraya di media-media Russia mahupun media antarabangsa lain akan terlihatnya 370 berada di negara-negara tersebut, malah tiada aturgerak pasukan khas untuk merampas kembali pesawat yang dikatakan oleh banyak konspirator bahawa ia dirampas.

Jika melihat kembali kenyataan sopiah, di ada menyebut 370 melalui Talas, Kyrgyzstan (sopia mengatakan Talas di Kazakhstan) dan pesawat tersebut dikesan oleh radar tentera di sana. Aneh sekali kerana tidak jauh dari Talas terdapat pangkalan tentera udara didalam wilayah Kazakhstan, yakni Shymkent.

Tiada laporan rasmi media Russia mahupun China bahkan media Iran sekalipun ,bahawa 370 dikesan melalui ruang udara Kazakhstan sehingga hari ini, malah pesawat tentera udara Russia yang kerap membuat rondaan di Tajikistan dan Kyrgyzstan dari pangkalan-pangkalan luar negara mereka selama ini juga tidak menerima apa-apa laporan atau memintas 370, Malahan Kazakhstan dan Kyrgyzstan, dua negara sekutu Russia paling kuat di Asia Tengah, bersama-sama pasukan tentera Russia yang ditempatkan di kedua-dua negara tersebut tidak mengambil apa-apa tindakan setelah tahu 370 melalui ruang udara mereka adalah sesuatu yang memberikan satu indikasi, iaitu 370 tidak pernah berada disana.

Untuk rekod, Kazakhstan dan Kyrgyzstan got nothing to loose kerana kedua-duanya merupakan sekutu kuat Russia dan rakan ekonomi paling rapat China...jadi kenapa tiada laporan media rasmi berkenaan pesawat 370 yang dikesan pergerakannya melalui radar pertahanan udara seperti yang dicanang sopiah, dan tiada langsung aktiviti militer berkaitan pemintasan dibuat oleh negara-negara tersebut...

Apakah yang cuba sopiah canangkan ternyata mempunyai banyak percanggahan dan ini baru permulaan dari kami.


Untuk memasuki Kyrgyzstan, 370 perlu melalui wilayah China.Mengapakah China tak melaporkan apa-apa aktiviti luarbiasa....dan bercakap tentang kredibiliti negara yang saya sebutkan yakni Russia dan China kedua-duanya tidak mudah dipercaturkan AS...

agak aneh apabila negara-negara asia tengah lain seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan yang mempunyai hubungan militer dan ekonomi yang baik dengan Russia dan China juga tidak melaporkan memintas 370 dengan aset udara mereka, tiada laporan media rasmi dari kementerian pertahanan negara-negara terbabit berkenaan 370 dikesan memasuki negara mereka dan tiada langsung inisiatif untuk menghentikan perjalanan pesawat yang menuju ke Ukraine jika sekiranya kedapatan pergerakan 370. sangat aneh juga apabila sopiah mengatakan dia mempunyai data dari radar Kazakhstan, Turkmenistan dan Kyrgyzstan namun langsung tidak ada laporan mengenai tindakan susulan dari segi militer melainkan data dihantar ke agensi perisikan Russia. Itu saja?

Menyebut tentang China, laluan 370 yang dikatakan sopiah juga melibatkan kawasan wilayah Xinjiang, yang juga HEAVILY MILITARIZED dengan jujukan radar pertahanan udara dan sistem peluru berpandu anti pesawat yang dihalakan ke India sebagai cegah rintang konflik sempadan kedua-dua negara tersebut. Menghairankan kerana China sehingga hari ini tidak melaporkan sebarang pergerakan 370 melalui wilayahnya, malah tiada pintasan oleh tentera udara dibuat.



Jadi agak mustahil agensi pertahanan Russia mahupun China dan juga negara-negara Asia tengah lain tidak mendeteksi 370 yang dalam perjalanan ke Ukraine dan kemudian mendarat di Krygyztan untuk mengisi minyak kemudian terbang dan mendarat sekali lagi di Georgia, samada secara ELINT dan SIGINT baik menggunakan aset ISR udara mahupun satelit pengintipan. Takkan la tiada seorang pun warga Bishkek atau pekerja lapangan terbang antarabangsa Manas tak perasan 370 mendarat tanpa kebenaran....? Malah agak mustahil pesawat 370 terbang melalui wilayah dibawah kekuasaan China yang sudah tentu HEAVILY MILITARIZED terutamanya di sempadan China dan India serta Tibet.

Seterusnya silalah sambung bacaan anda di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails