Sunday, January 18, 2015

Anwar Ibrahim ni.. nak tolong Najib ke?


Semakin hari semakin menarik pula arena politik negara kita.. pertempuran jelas berlaku di dalam UMNO antara kem Mahathir dan juga kem Najib, 1MDB dijadikan senjata utama.

Dari kem Mahathir nama-nama besar dalam UMNO dan politik negara kita seperti A Kadir Jasin, Daim dan juga Zainuddin serta beberapa blogger otai.

Manakala yang cuba mempertahankan Najib pula beberapa Menteri yang kurang cerdik dan blogger-blogger yang mencari makan dalam UMNO.

Pertempuran semakin panas dari sehari ke sehari.. dan Najib kelihatan mula lemas dengan serangan kem Mahathir yang menjadikan 1MDB sebagai senjata utama mereka.

Tapi.... tiba-tiba mencelah pulak PKR dan Anwar menyerang Daim dari kem Mahathir.. sedangkan bagi aku ini tidak perlu, kita biarkan si Luncai itu terjun dengan labu-labunya..

Lebih teruk Daim dan beberapa individu melanyak Najib lebih baik buat Pakatan Rakyat.. kenapa pula perlu menyerang Daim?

Ini seolah-olah PKR sedang membantu Najib pula.. Kenapa?

Mungkin benar apa yang telah dinyatakan oleh seorang sahabat sebelum ini... Kem Mahathir serang Najib, macai-macai Najib yang kurang cerdik tak mampu nak pertahan.. PKR hulur bantuan untuk menyerang kem Mahathir..

Politik.. oh.. politik.. semalam musuh, esok dan lusa belum tentu bermusuh...


Laporan berkaitan..

Anwar sedia bantu SPRM siasat Daim



Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Ketua pembangkang itu bagaimanapun mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap profesional ketika menjalankan tugasan itu.

"Jika mereka tanyakan saya, saya akan bekerjasama, tiada masalah. Itu tanggungjawab saya membantu siasatan. Tapi mereka perlu bersikap profesional," katanya selepas dialog bersama belia Selangor, di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata mempunyai "bukti" penyalahgunaan kuasa Daim namun berkata ianya disembunyikan. Anwar tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata SPRM tidak seharusnya hanya menyasarkan kepada siasatan perniagaan perbankan Daim semata-mata.

Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut berbilion ringgit melalui Bank Africa dan Eropah Timur menggunakan proksi.

Tiga hari lalu, Daim menyuarakan kesediaannya bekerjasama dengan SPRM, namun menolak campur tangan kumpulan pengkritik.

Dalam kenyataannya, Daim berkata, beliau yakin SPRM mampu menggalas tanggungjawab itu.

Daim sebelum ini dilaporkan mempunyai sebuah bank di Tanzania namun menafikan salah guna kuasa.

Beliau turut dilaporkan pernah disiasat dua kali berhubung perkara itu pada 1999, dan tiada kesalahan yang ditemui lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails