Tuesday, January 27, 2015

Akhirnya kisah TG Nik Aziz Tahajjut semasa koma dinafikan oleh sepupu Ustaz Ahmad Dasuki..


Sebelum tu.. baca dan fahamkan betul-betul ayat aku ini.. Aku bukannya hendak memperkecilkan Tok Guru Nik Aziz tapi aku cuma mempersoalkan apa motif individu yang dikenali sebagai seorang Ustaz itu menyebarkan cerita begini?

Sepertimana yang diketahui umum, TG Nik Aziz sekarang sedang diuji dengan sakit, dilaporkan beliau menghidapi kanser prostat, serangan kuman di paru² dan di otak dan terpaksa di'koma'kan (induced coma) supaya memudahkan proses rawatan.

Malangnya di saat TG Nik Aziz sedang duji dengan kesakitan, muncul kisah yang boleh dianggap karut yang sukar untuk diterima oleh akal fikiran kita yang waras.



Lebih malang lagi ianya didakwa disebar oleh seorang individu yang bergelar Ustaz.. apa motifnya entahlah..

Ianya mengisahkan TG Nik Aziz bangun setiap jam 4 pagi untuk menunaikan tahajjut walaupun sudah di'koma'kan.

Selepas bertahajjut beliau minum teh dan kembali koma semula. Lepas tu bangun balik untuk solat Subuh, berbual dan sebagainya.

Kisah ini sudah beberapa hari tersebar dalam berbagai media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Wechat serta berbagai lagi medium..

Dan ianya juga telah disiarkan oleh HarakahDaily pada 25hb Januari yang lalu dengan tajuk "Masya Allah...keajaiban Tuan Guru Nik Aziz di ICU".. lihat di SINI

Kisahnya berbunyi begini...

Diceritakan di dalam tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bahawa doktor telah memberi taklimat kepada ahli-ahli keluarga terdekat dan telah memaklumkan yang TGNA telah diserang oleh kuman ke paru-paru dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.

Doktor meminta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.

Menurut doktor yang merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang itu seda, untuk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat baru boleh disuntik. 
Sesuatu yang ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua malam beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pagi akan bangun bertahajjud (amalan yang tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula.

Dan berikut adalah rakaman audio yang mengisahkan kisah di atas..

 

Kisah yang tersebar itu telah dinafikan oleh sepupu kepada Ustaz Dasuki Abd. Rani sendiri Mohd Sabri Salleh dilaman Facebook miliknya.

Menurut Sabri beliau yakin apa yang sedang tersebar itu datangnya dari Ustaz Dasuki sendiri.

Sebabnya bagi beliau adalah sesuatu yang pelik jika ada keluarga terdekat yang membawa atau mereka cerita yang tidak masuk akal ini.

Sebenarnya menurut beliau TG Nik Aziz telahpun sedar pada sebelum Subuh hari pertama beliau dimasukkan ke ICU 2 Delima, HUSM.

Selepas Subuh hari tersebut beliau telah mampu minum dan memesan Teh 'O' Suam..

Baca apa yang terpapar dalam print screen di bawah ni..


Facebook Mohd Sabri sila lihat di SINI ..

Sebagaimana dia mengharap agar semua pihak agar menghentikan sebaran perkara ini kerana bimbang salah faham akan berlaku begitu jugalah aku...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails