Thursday, January 29, 2015

Ahmad Maslan kata harga minyak dijangka kekal di atas paras AS$40 setong tahun ini. Tapi..


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yakin harga minyak mentah dunia tidak akan jatuh ke bawah paras AS$40 setong pada tahun ini.

Beliau juga turut melahirkan keyakinan purata harga minyak mentah dunia bagi 2015 akan melebihi kajian semula unjuran purata yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini pada paras AS$55 setong. 

"Jika harga minyak jatuh di bawah paras AS$40 setong, syarikat pengeluar minyak tidak akan mampu menghasilkan minyak, kerana kos lebih tinggi daripada hasil.

"Saya yakin Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (Opec) juga tidak akan biarkan harga di bawah paras itu," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu bagi program 'Dalam Radar' Radio24, di Kuala Lumpur, semalam.

Ahmad turut menyentuh kenyataan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan unjuran positif harga minyak mentah dunia pada separuh kedua tahun ini.

Mustapa yang menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini menyatakan para peserta forum itu bersependapat kejatuhan harga minyak dunia sekarang hanya bersifat jangka pendek dan mengunjur ia kembali pulih bermula separuh kedua tahun ini dengan unjuran harga sekitar AS$60-70 setong.

Justeru, Ahmad yakin unjuran semula harga minyak oleh kerajaan baru-baru ini adalah tepat, malah lebih rendah dari unjuran antarabangsa lapor The Malaysian Insider

Tapi itu.. Ahmad Maslan yang kata... kat bawah ni pulak apa yang 'Head of OPEC' kata..


DAVOS, January 21. /TASS/. The secretary-general of Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) Adballa Salem El Badri does not rule out a drop in oil prices below $40 a barrel.

“The oil market is oversupplied, while the demand is declining amidst weak economic growth forecasts,” he said at the World Economic Forum in Davos, Switzerland. He added that the crude oil prices might fall “to $40 a barrel and even below that level.”

The problem is that the plunge in oil prices was too sharp, and fundamental market indicators do not correspond to a 40-50% drop, Adballa Salem El Badri said ~ Itar TASS


Takkanlah Ahmad Maslan silap translate kot?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails