Wednesday, December 10, 2014

"Zahid! Sudah-sudahlah bohong pasal ekstradisi tu" kata Peguam

Dah agak dah!!.. Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri ni main bedal saja cakap apa yang dia nak cakap..

Semalam dia cakap "Secara perundangannya, penarikan balik pasport Ali dan Alvin sah di sisi undang-undang,"

Tapi dakwaannya itu telah dinafikan oleh sekurang-kurangnya tiga orang Peguam..

Menurut tiga Peguam tu.. Putrajaya tidak berhak tidak berhak menarik semula pasport rakyat Malaysia kerana tindakan sedemikian bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Lagi apa hujah para Peguam tu silalah baca di ( SINI )

Kemudiannya Zahid bercakap pasal ekstradisi pula.. katanya "Kerajaan tidak berhasrat mengambil langkah itu kerana yakin Tan dan Ali akan tetap pulang ke tanah air suatu hari nanti, ibarat “bangau pulang ke belakang kerbau”.

Rupa-rupanya pasal ekstradisi itu pun dia main bedal saja cakap.. sebab “Undang-undang ekstradisi dan perjanjian dua hala antara Malaysia dan AS tidak membenarkan penghantaran pulang individu yang mencari suaka daripada pendakwaan politik,”

Tapi.. ada macai kata tak payahlah pertahankan si Alvin tu..

Ini bukannya soal nak pertahankan si Alvin tu.. tapi ini soal membetulkan auta yang pemimpin UMNO kata fakta tu..

Hmmm... buat sementara waktu ni.. aku cadangkan Zahid Hamidi supaya jangan bercakaplah soal undang-undang ni.. makin banyak yang dia cakap makin terserlah 'kurang bijak' nya dia..

Laporan berkaitan...

PKR: Zahid bohong tentang ekstradisi



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi diminta berhenti berbohong berhubung perjanjian penghantaran pulang dengan Amerika Syarikat (AS) melibatkan penulis blog seks Alvin Tan.

Peguam terkenal PKR berkata Zahid “tidak jujur” apabila berkata tidak berhasrat membuat permohonan ekstradisi walaupun mempunyai perjanjian itu.

“Undang-undang ekstradisi dan perjanjian dua hala antara Malaysia dan AS tidak membenarkan penghantaran pulang individu yang mencari suaka daripada pendakwaan politik,” kata Latheefa.

Justeru, katanya, kerajaan AS sudah pasti tidak akan melayan permohonan itu jika dibuat.

Zahid semalam dilaporkan berkata kerajaan tidak berhasrat mengambil langkah itu kerana yakin Tan dan Ali akan tetap pulang ke tanah air suatu hari nanti, ibarat “bangau pulang ke belakang kerbau”.

Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee lari ke AS bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Malaysia setelah mencetuskan kontroversi demi kontroversi.

Selain Tan, aktivis Ali Jali pula mendapat suaka di Sweden setelah dituduh menghasut dengan menghina institusi raja.





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails