Tuesday, December 16, 2014

Video Ketua Kampung berlagak samseng halau rombongan bantuan banjir tersebar!! Saksikan!


Apa punya jenis Ketua Kampung nih!.. Orang mengadu dia buat tak tahu tapi bila ada pihak lain yang nak membantu, nak dibelasahnya pulak..

Jika tahun lepas seorang macai bertelinga capang berlagak seperti 'Abang Long Kawasan' meminta surat kebenaran masuk ke bazaar Ramadhan dari MP DAP.. kali ini pula Ketua Kampung bertindak seperti Ayahnda Kawasan...



PORT DICKSON - Kunjungan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Jimah Lama yang diketuai oleh ADUN Port Dickson, M. Ravi bertukar kecoh apabila Ketua Kampung berkenaan mendakwa mereka menceroboh kawasannya.

Kira-kira jam 9 pagi rombongan berkenaan tiba dirumah mangsa banjir, Saadiah Md Nor, selang 45 minit kemudian Ketua Kampung itu datang kerumah berkenaan dan mendakwa rombongan itu menceroboh kawasan kampungnya.

Ketua PKR Cabang Rasah, R. Tanggam menepis dakwaan yang dilempar Ketua Kampung berkenaan dan masing-masing mula meninggikan suara.

Anak mangsa banjir, Rashidah Nordin yang melihat kekecohan itu memberitahu, dia cuba meleraikan pertelingkahan kedua-dua mereka, namun ditempelak Ketua Kampung.

"Apabila saya cuba meleraikan mereka, Ketua Kampung terus menempelak saya dan menyatakan kononnya rumah kami dibina di tanah rezab Jabatan Pengairan dan Saliran.

"Apa yang dikatakannya itu tidak benar dan dia sempat memberi amaran kepada kami akan memanggil kuncu-kuncunya dan Polis untuk menghalau rombongan yang datang.

Tambahnya, rombongan PKR Cabang Telok Kemang, Rasah dan Seremban datang ke rumahnya untuk menyampaikan bantuan. "Memang saya tidak sangka dengan apa yang berlaku dan sangat terkejut dengan tindakan Ketua Kampung.

"Selama ini, saya sudah banyak kali mengadu kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan Wakil Rakyat yang terlalu kerap berlaku banjir di sini. Namun saya langsung tidak dipedulikan." katanya..

Seterusnya bacalah apa yang terpapar dalam image di atas..

Berikut adalah video kejadian..



"Nak tolong mangsa banjir nak masuk kampung saya kena bagi tahu saya dulu kalau tidak keluar atau saya panggil orang datang pukul....

Hebat...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails