Wednesday, December 10, 2014

Utusan kena bayar RM250,000 kepada Kit Siang sebab fitnah..


Mahkamah hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memfitnah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan diperintahkan untuk membayar ganti rugi RM250,000 kepada ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam berkata, Lim yang juga diberikan bayaran kos sebanyak RM25,000, berjaya membuktikan kes terhadap defendan atas keseimbangan kebarangkalian.

Sejurus selepas penghakiman itu, Lim dalam respon di Twitter berkata:”Hurrah kepada (peguam) Gobind Singh Deo atas kemenangan hebat terhadap politik bohong.”

Lim memfailkan saman pada September tahun lepas terhadap akhbar berkenaan kerana menuduhnya memanipulasi pengiraan undi ketika pemilihan parti itu pada Disember 2012 dalam satu laporan yang memetik “Father Augustus Chen”.

Lim mendakwa artikel itu membayangkan Father Augustus Chen itu wujud dan kandungan

“Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC)” berhubung dakwaan ada sesuatu yang tidak kena dan wujud politik dalaman dalam pengundian DAP adalah benar lapor The Malaysian Insider





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails