Tuesday, December 16, 2014

Timbalan Menteri kata kejatuhan nilai ringgit bantu pulih ekonomi.. tapi konsultan kata..


Timbalan Menteri ni kata kejatuhan nilai ringgit bantu pulih ekonomi.. sebab ini membolehkan lebih banyak produk dieksport kepasaran antarabangsa.

Produk apa yang dia maksudkan entahlah.. mungkin keropok lekor, cencaluk, ikan perkasam, jeruk dan lain-lain kot..

Tapi pada pendapat aku Timbalan Menteri ni dah bercakap tanpa melakukan penilaian yang menyeluruh dan bercakap hanya untuk menggembirakan rakyat.

Hakikatnya bagi yang terlibat dalam sektor industri tentu sudah sedia maklum kejatuhan nilai ringgit memberikan kesan terhadap pengeluaran.

Kerana kebanyakkan barang mentah untuk menghasilkan produk datangnya dari luar negera dan urusniaga dijalankan dalam USD.

Buat masa sekarang dari memo-memo yang aku terima kebanyakkan pembekal yang membawa masuk barangan dari luar negera telah menaikkan harga produk mereka hingga 10% dengan alasan kadar tukaran matawang.

Oleh itu untuk mengekalkan kadar keuntungan pengeluar-pengeluar di negara kita ini terpaksa menaikkan harga produk keluaran mereka juga sebanyak 10% sekurang-kurangnya..

Peningkatan harga produk itu melemahkan daya saing produk keluaran negara dipasaran antarabangsa..

Selain dari meningkatkan harga pilihan yang ada adalah mengecilkan operasi pengeluaran dengan mengurangkan tenaga kerja.. maksud aku buang pekerja laa..

Malangnya jika tindakan ini dilakukan ianya bakal meningkatkan kadar pengangguran negara.. pengangguran yang meningkat pula akan menjejaskan keluaran kasar dalam negara..

Dan pengangguran yang meningkat pula bakal meningkatkan kadar jenayah negara secara tidak langsung..

Jadi persoalannya sekarang bagaimana seorang Timbalan Menteri boleh mengatakan kejatuhan nilai ringgit membantu memulihkan ekonomi negara?

Malaslah aku nak tulis panjang-panjang.. baca apa kata konsultan pasal kesan kejatuhan nilai ringgit kepada negara ni..


Harga minyak jatuh, jadikan Malaysia paling lemah di Asia Tenggara



Malaysia muncul sebagai tempat paling lemah dalam Asia Tenggara berikutan penurunan semasa harga minyak mentah dunia dan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang melemahkan ringgit berbanding dolar AS, kata konsultan kredit antarabangsa.

Menulis dalam ruangan Macroscope di akhbar Hong Kong, South China Morning Post, Nicholas Spiro berkata pengeksport minyak itu juga lebih sensitif kepada kenaikan pengeluaran Perbendaharaan AS kerana ia mempunyai salah satu saham terbesar pegangan asing dalam bon matawang tempatan di pasaran berkembang (Ems).

Beliau berkata negara Asia yang berkembang sudah membuktikan ia secara relatifnya mampu bertahan terhadap sentimen kemerosotan, sebahagiannya disebabkan pelabur lebih positif terhadap rantau itu berbanding negara Eropah berkembang dan Amerika Latin, dan juga ekonomi utama Asia adalah pengimport minyak dan akan mendapat manfaat daripada kejatuhan harga minyak.

“Tetapi satu negara dalam rantau itu terkeluar daripada aspek kelemahannya: Malaysia,” katanya dalam kolum akhbar itu.

Pengarah urusan firma perunding berpangkalan di London Spiro Sovereign Strategy yang khusus dalam dana dijamin kerajaan di Eropah berkata saham Malaysia jatuh 12% dalam tempoh 3 bulan, digambarkan sebagai “penurunan tercuram” di kalangan Ems utama, sementara ekuiti Indonesia dan Thailand hanya jatuh 0.8% dan 2.5% masing-masing bagi tempoh yang sama lapor The Malaysian Insider



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails