Wednesday, December 3, 2014

Tidak Benar Nama Persiaran Gurney Akan Ditukar Jadi Persiaran Chin Peng Wahai Macai...


Sebagaimana ayat yang terpapar pada wal Facebook macai MCA atau Gerakan di atas begitulah ayat yang tersebar dalam beberapa Group Telegram, WhatsApp dan WeChat pro BN.

Kemudiannya ianya disambung pula oleh beberapa Blog Pro UMNO yang mana Bloggernya telah diiktiraf sebagai bangang oleh Presiden UMNO baru-baru ini.

Kononnya maklumat itu adalah dari sumber dalaman pejabat Ketua Menteri.. dalaman mana tak tahu pulak aku.. mungkin dari dalaman toilet kot..

Sebabnya menurut seorang sahabat yang bertugas dalam pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, dia tak dengar apa-apapun pasal cadangan itu..

Secara lojiknya.. takkanlah Guan Eng sebegitu bodoh untuk menukar nama Persiaran Gurney kepada nama Persiaran Chin Peng..

Diapun tahu itu mencari nahas namanya.. nanti riuh rendah pulak macai-macai demo depan Komtar maklumlah nama 'Gurney' kesayangan mereka itu ditukar kepada nama Ketua PKM..

Buat yang tak tahu siapa Gurney yang namanya diabadikan kepada Sekolah, Jalan, Papan Tanda dan Bangunan itu ini sikit info untuk dikongsi bersama..

Sir Henry Gurney. telah dilantik sebagai Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM) di Tanah Melayu pada tahun 1948 hingga 1951.

Beliau digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, sebagai seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu.

Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya, tapi akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).

Dimana tugasnya disana ialah membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin yang dilakukan oleh pengganas Yahudi Haganah dan Irgun.

Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948) yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Itu pasal nama Henry Gurney yang penjajah British tinggalkan pada banggunan, jalan dan Sekolah untuk kita kenang dan agungkan..

Mengenai menukar nama Persiaran Gurney kepada nama Pesiaran Chin Peng pulak ini penjelasan dari EXCO Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang dilaporkan oeh The Malaysian Insider

Kerajaan negeri menyangkal khabar angin kononnya nama jalan Persiaran Gurney, Pulau Pinang akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng mulai 1 Januari sebagai mengenang sumbangan pemimpin Parti Komunis Malaya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow menyifatkan khabar angin itu sebagai tidak masuk akal.

"Perkara ini tidak benar sama sekali," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim yang mahukan penjelasan kerajaan negeri tentang khabar angin kononnya Persiaran Gurney akan ditukar nama berkuat kuasa 1 Januari sebagai mengenang sumbangan Chin Peng dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Rafizal dalam sidang akhbar hari ini berkata pihaknya mendapat maklumat itu menerusi sumber dalam pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan sumber berkenaan.

"Kami tidak pasti dengan khabar angin berkenaan dan sebab itu Pemuda Umno Pulau Pinang mahukan penjelasan daripada kerajaan negeri kerana perkara berkenaan tersebar dalam WhatsApp hari ini," katanya.

Rafizal berkata jika dakwaan itu benar, Pemuda Umno akan membantah dan mempertahankan agar tidak berlaku pertukaran nama berkenaan kerana Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan negara.

"Kami akan bantah sekeras-kerasnya jika perkara itu diteruskan," katanya.

Baguslah tu.. dia tak pasti jadi dia bertanya.. lebih baik dari tak tahu benar atau tidak tapi main sebar saja dalam berbagai media yang ada.. lepas tu mengamuk kat Komtar..

Aku sokong kalau nama Henry Gurney dipadamkan dari bumi Malaysia ini.. tapi bukanlah tukar dengan nama Chin Peng.. tukarlah kepada nama pahlawan-pahlawan atau pejuang-pejuang Melayu yang gigih menentang penjajah British suatu masa dulu tu..

Bukannya tak ada.. ramai yang ada.. tapi kenapa kita nak kekalkan nama barua Yahudi itu di bumi kita ini?





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails