Friday, December 12, 2014

The Star dedahkan RM780,000 dibayar untuk bebas Pengusaha ikan dalam sangkar yang diculik Abu Sayyaf..


Mula-mula aku bangga juga bila dengar berita yang pengusaha ikan dalam sangkar yang diculik oleh puak Abu Sayyafsejak June lalu telah dibebsakan..

Bagi aku Polis harus dipuji dengan segala usaha yang menunjukkan mereka berazam bagi memastikan tebusan berjaya dilepaskan..

Sama macam Lee Lam Thye cakap ni..

Kejayaan polis membebaskan pengusaha ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun, 32, semalam, yang dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata di Kunak sejak Jun lepas, membuktikan kewibawaan dan kesungguhan pasukan keselamatan itu dalam menyelamatkan mangsa penculikan.  
Sambil mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata kejayaan itu juga menunjukkan kredibiliti polis dalam mengesan dan membantu pembebasan Chan.  
"PDRM harus dipuji dengan segala usaha yang menunjukkan mereka berazam bagi memastikan tebusan berjaya dilepaskan. Ini juga membuktikan mereka menjalankan tugas dengan cekap dan teliti," katanya kepada Bernama. 
"Sungguhpun tugas menyelamat dan membawa pulang mangsa sangat berisiko, polis telah menjalankan tugas dengan cekap dan teliti. Hasil kerjasama dengan Filipina juga menunjukkan keprihatinan dalam membebaskan Chan," tambah beliau lapor Utusan

Tapi bila terbaca apa yang The Star pula laporkan.. terus hilang rasa bangga malah nak puji pun tak jadi..



The Star melaporkan Pengusaha Ikan dalam sangkar itu dibebaskan setelah RM780,000 dibayar..

Berikut adalah laporan dari The Star yang disiarkan oleh mStar

RM780,000 Untuk Bebaskan Mangsa Culik

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Salehudin Abdul Rahman (kiri) bersama Sai Chuin dan isterinya Pek Nyen. Turut bersama mereka Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Zain (kanan).

KOTA KINABALU: Kira-kira 10 juta peso (RM780,000) dipercayai telah diserahkan kepada kumpulan Abu Sayyaf untuk membebaskan penternak ikan di Kunak, Chan Sai Chuin, Selasa.

Sumber Filipina di pulau Jolo, di mana Sai Chuin telah ditahan selama 177 hari berkata perunding menyerahkan wang kepada kumpulan sub Abu Sayyaf, yang dikawal oleh Sawadjan bersaudara dan diketuai oleh Al-Habsi Misaya.

Mereka berkata wang tebusan sebanyak 30 juta peso (RM2.34juta) yang dituntut pada mulanya telah dikurangkan.

"Anda juga perlu mengambil kira perbelanjaan operasi dan wang untuk dibayar kepada utusan, pegawai-pegawai tempatan dan pemimpin puak yang berlainan bagi mendapatkan laluan selamat," kata seorang sumber yang tidak mahu dikenali.

Difahamkan kira-kira 10 juta peso atau lebih telah sampai ke tangan kumpulan terbabit untuk Sai Chuin dilepaskan.

Dipercayai kumpulan Sawadjan telah menahannya di pulau Jolo.

Sai Chuin telah diculik dari sebuah sangkar ikan di Kunak pada 16 Jun.

Dia pada mulanya dijangka akan dibebaskan bersama-sama dengan seorang lagi tebusan Malaysia, Konstabel Zakiah Aleip, 26, yang telah diculik dari pulau Mabul pada 12 Julai.

Bagaimanapun, sumber itu berkata rundingan untuk melepaskan Zakiah ini terhalang disebabkan tiada kesepakatan berhubung jumlah wang yang diserahkan.

Menurut sumber itu, rundingan untuk Zakiah telah disambung semula dan 'persoalannya adalah wang'.





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails