Thursday, December 11, 2014

Tengok nih!.. Gambar menarik dari perlawanan Piala AFF antara Malaysia vs Vietnam..


Rasanya semua penyokong pasukan Harimau Malaya dah tahu bahawa pasukan negara telah layak ke perlawanan akhir Pila AFF setelah menewaskan pasukan Vietnam.

Aku bukannya nak menulis pasal perlawanan antara Vietnam tu tapi pasal sekeping gambar yang aku kira paling menarik dalam perlawanan itu..

Buat yang tak tahu pasal tu.. baca laporan dari Utusan ni..


Malaysia layak ke final Piala AFF



HANOI 11 Dis - Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala AFF untuk bertemu Thailand selepas menewaskan Vietnam 4-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua malam ini dan seterusnya menang keseluruhan dengan agregat 5-4.

Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim melalui sepakan penalti di minit ke-empat, manakala golf kedua dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-14.

Vietnam kemudiannya mendapat gol pertama mereka melalui sepakan penalti di minit ke-21.

Malaysia kemudiannya meneruskan asakan dan mendapat gol ketiga pada minit ke-28 melalui jaringan gol sendiri pemain Vietnam.

Kedudukan pasukan negara semakin selesa hingga perlawanan separuh masa pertama tamat apabila mendahului Vietnam 4-1 menerusi jaringan Muhammad Shukor Adan pada minit ke-42.

Dalam separuh masa kedua, Vietnam berjaya mendapat gol kedua mereka malam ini pada minit ke-78 dan kedudukan itu terikat sehingga perlawanan tamat. - UTUSAN ONLINE


Selain dari Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang telah layak ke perlawanan akhir Piala AFF, Tahniah buat penyokong Pasukan Vietnam.

Mereka telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi biarpun pasukan yang disokong mereka tewas akhirnya..

Gambar di bawah ni bagi aku adalah satu gambar paling menarik dari perlawanan ini..

Seorang peminat memegang mafla 'Harimau Malaya' di tengah-tengah ribuan penyokong Vietnam.

Aku tunggu juga hingga habis perlawanan nak tengok adakah individu ini bakal menjadi mangsa belasahan penyokong Vietnam yang kecewa bila akhirnya pasukan mereka tewas..

Tapi hingga habis perlawanan tak kena belasahpun mamat sorang ni..


Biarpun negara mereka tidak semaju negara kita, namun apa yang ditunjukkan oleh penyokong mereka itu wajar kita contohi..


Mereka mempamirkan semangat kesukanan yang tinggi.. bukannya macam segelintir penyokong pasukan negara kita tu..

Asal kalah saja nak belasah penyokong pasukan lawan... Aparaaa...




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails