Monday, December 1, 2014

Tawaran RM100Juta: 1Dewan Dah Diperbodoh Najib, Bekas Tim. Pengerusi KFC Nafikan Dakwaan..


Kes masih dalam perbicaraan, bersalah atau tidak belum tentu lagi.. tapi Najib dengan semangat yang berkobar-kobar dalam ucapannya memetik laporan akhbar dan menuduh Pakatan juga amalkan rasuah..

“Cerita ini dah keluar dalam mahkamah. Saya petik dalam akhbar saja. Jangan kata saya subjudis. Saya dah periksa dengan peguam, boleh.

“Anifah sudah ditawarkan RM100 juta untuk tubuh kerajaan. Bukankah ini ibu segala rasuah? Kita Umno dituduh macam-macam tapi yang buat angkara ialah parti pembangkang,” kata Najib..

Ucapan Najib itu disambut dengan tepukan dan jerit pekik riuh rendah macai-macainya yang memenuhi Dewan PWTC semasa Perhinpunan Agung UMNO beberapa hari yang lalu..

Bukan main cepat Najib tuduh Anwar sebagai 'Bapak Segala Rasuah'.. mahkamahpun belum buat keputusan lagi tapi dia dah putuskan..

Tanpa usul periksa mereka terus menelan dan percaya apa yang Najib ucapkan itu bulat-bulat.. kemudiannya riuh rendahlah 'Blogger-blogger Bangang' (Najib kata.. bukan aku..) memainkan isu ini..

Tapi hari ini yang dituduh menawarkan RM100 Juta kepada Anifah itu telah menafikannya.. dan dalam masa yang sama mendedahkan Anifah beberapa bulan yang lalu telah cuba untuk memujuk Anwar supaya tarik balik samannya..

Ahli perniagaan Datuk Ishak Ismail menafikan membuat tawaran RM100 juta kepada Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman pada 2008 supaya beliau meninggalkan BN dan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pusat. 
Bekas timbalan pengerusi eksekutif KFC itu berkata beliau menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati “orang tengah” Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah terhadap Anifah. 
“Bila saya menjawab saya tidak berhubung dengan Anwar dan tidak boleh lakukannya, pengantara itu berkata nama saya akan diheret sama dalam prosiding (kes itu),” katanya. 
Anifah pada 27 November memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Anwar, ketua umum PKR, untuk berpaling tadah. 
Katanya, tawaran itu juga bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008. 
Beliau menjawab soalan yang paguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan menamakan individu itu sebagai Ishak lapor Malaysiakini

Kan dah 1Dewan kena kencing dengan Najib... kesian kat depa.. tapi macai tak kisah.. katalah apapun.. janji masyuk..

Tuduhan Anifah Aman itu sangat berat, dan telah menjatuhkan reputasi serta maruah Datuk Ishak. Namun, Dato' Ishak tidak dapat berbuat apa-apa bagi membersihkan namanya terhadap tuduhan Anifah Aman itu kerana ia dibuat di dalam perbicaraan mahkamah di mana ia kebal dari tindakan saman.

‎Dalam satu kenyataan yang dipercayai merupakan kenyataan medianya, Dato Ishak mencabar Anifah Aman sama ada memohon maaf atau mengulangi fitnah tawaran RM100 juta itu di luar mahkamah, agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadap beliau.

‎ ‎Jika kenyataan Anifah Aman yang menuduh Dato Ishak mahu merasuahnya sebanyak RM100 juta itu benar, Anifah patut mengulanginya di luar mahkamah. Jika tidak ternyata Anifah mengambil kesempatan mempergunakan mahkamah dan perbicaraan saman fitnah ke atasnya untuk menyebarkan satu lagi fitnah.





Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails